Perancangan Baru Untuk Gulingkan Zahid
Perancangan Baru Untuk Gulingkan Zahid
Sekiranya kem DS Zahid dan Tok Mat Hassan fikir dengan keputusan perwakilan PAU 2022 tidak mahu jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan merupakan penamat kepada usaha kluster pengkhianat, mereka silap.
Kluster pengkhianat sebenarnya mempunyai satu lagi peluang untuk menggulingkan DS Zahid dan Tok Mat Hassan.
Jangan lupa kepada krisis kepimpinan UMNO di era Tun Abdullah Badawi (Pak Lah), sebelum beliau membuat keputusan untuk berundur.
Ketika itu, ada usaha yang digerakkan oleh pihak tertentu dalam MKT UMNO untuk memaksa Pak Lah supaya berundur.
Usaha itu digerakkan kerana pada awalnya Pak Lah enggan untuk berundur dari kerusi presiden UMNO dan jawatan perdana menteri.
Namun apabila menyedari usul undi tidak percaya itu akan mendapat sokongan majoriti MKT, Pak Lah mengambil keputusan untuk berundur.
Mungkin ramai yang akan mengatakan usul tersebut digerakkan oleh DS Najib, yang menggantikan Pak Lah sebagai presiden UMNO dan perdana menteri.
Tetapi faktanya, usul tersebut digerakkan oleh Dr Mahathir.
Beliau menggunakan alasan kehilangan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat pada PRU 12 sebagai desakan untuk MKT UMNO membuat undi tidak percaya kepada Pak Lah.
Bagaimana usaha itu digerakkan.
Dalam fasal 8.5 Perlembagaan UMNO menyebut, ada 3 pihak yang boleh memanggil Persidangan Agung Khas UMNO:
- Presiden UMNO
- Permintaan dari 2/3 ahli MKT UMNO dan
- Permintaan bertulis dari lebih 1/2 Bahagian UMNO dengan syarat tertentu
Dalam fasal 9.12 perlembagaan yang sama pula menyatakan:
Jawatan ahli MKT termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Kerja Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas.
Dengan syarat mendapat undian tidak kurang dari 2/3 daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.
Baca di sini:
Usaha Yang Sukar Tetapi Tidak Mustahil
Memang peluang untuk berjaya melalui cara ini agak tipis.
Presiden yang boleh melantik 13 orang ahli MKT berbanding 25 orang yang dipilih.
Peluang untuk mendapatkan persetujuan 2/3 dari ahli MKT agak mustahil.
Namun dengan cara yang sama, ianya pernah berjaya memaksa seorang presiden UMNO dan perdana menteri untuk berundur.
Maka tidak mustahil dengan cara yang sama boleh berjaya sekali lagi.
Kem DS Zahid jangan cepat menarik nafas lega.
Mereka mesti memastikan, calon yang akan dipilih untuk mengisi jawatan ahli MKT UMNO bersih dari pengaruh kluster pengkhianat.
Kerana penulis difahamkan, kluster pengkhianat sudah menyusun senarai pemimpin yang akan bertanding.
Bermula dari jawatan Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri hingga ahli MKT.
Ingat, mereka tidak akan berhenti selagi apa yang mereka impikan tidak tercapai dan mereka akan gunakan segala peluang dan kemungkinan yang ada.
Perancangan Baru Untuk Gulingkan Zahid
Di Syorkan Untuk Anda:
- Yang Mati Bukan Demokrasi UMNO Tapi Angan Angan Kluster Pengkhianat
- Jawapan Kepada Kekalahan UMNO Dalam PRU 15 Ada Pada Sikap Perwakilan PAU 2022
- UMNO Mesti Serius Dalam Usaha Mendominasi Media Sosial Mulai Sekarang