Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini
Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini
Khamis, 19 Januari 2023, akan bermula proses rayuan terakhir dalam usaha beliau untuk mendapatkan keadilan dalam perbicaraan kes SRC.
Sebelum ini, DS Najib sudah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta oleh Hakim Nazlan dalam Mahkamah Tinggi.
Kerana terlalu percayakan kepada keadilan di badan kehakiman.
Akhirnya DS Najib kecewa apabila proses keadilan dilihat seperti berat sebelah.
Tidak perlu penulis nyatakan di sini pelbagai keraguan yang berlaku.
Bermula dari peringkat perbicaraan di Mahkamah Tinggi hingga ke peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Satu persatu hak DS Najib untuk membela diri dan mendapatkan keadilan telah dinafikan dan menjadi perbualan umum.
Kini dalam usaha terakhir, DS Najib cuba mendapatkan semakan kehakiman.
Di peringkat awal lagi telah berlaku keadaan yang tidak menyebelahi DS Najib.
Pihak beliau meminta 7 orang panel hakim Mahkamah Persekutuan.
Tetapi hanya diberikan 5 orang sahaja atas alasan kekurangan hakim.
Beliau juga meminta supaya perbicaraan semakan kehakiman dilakukan selama 3 hari.
Tetapi atas alasan yang sama, setakat ini hanya diberikan 1 hari sahaja.
Keputusan semakan kehakiman akan menentukan sama ada hukuman itu kekal kerana tiada kecacatan di dalam perbicaraan atau sebaliknya.
Sekiranya didapati ada kecacatan atau kekhilafan dalam perbicaraan, maka panel hakim boleh membatalkan keputusan sabitan kesalahan atau perbicaraan semula.
Sekiranya panel hakim mengekalkan hukuman, bagaimana sekiranya lapuran yang dikeluarkan oleh Kumpulan Kerja Penahanan Arbitari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWGAD) mendapati sebaliknya?
Badan kehakiman akan menjadi bahan jenaka dunia kerana panel hakim di UNWGAD adalah pakar perundangan dan tiada apa-apa kepentingan.
Sekiranya mereka membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Persekutuan, kredibiliti Ketua Hakim Negara akan menjadi tandatanya.
Persoalannya, apakah panel 5 hakim itu nanti akan membuat keputusan yang berpaksikan keadilan atau untuk menjaga kredibiliti badan kehakiman?
Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini
Di Syorkan Untuk Anda:
- Perancangan Baru Untuk Gulingkan Zahid
- Ismail Sabri Dulu Kini Dan Selamanya Akan Berperangai Seperti Ismail Sabri
- Jawapan Kepada Kekalahan UMNO Dalam PRU 15 Ada Pada Sikap Perwakilan PAU 2022