‘Bulan madu sudah berakhir, sekarang masa tangkap perasuah’

Oleh – Syeikh Baran


‘Bulan madu sudah berakhir, sekarang masa tangkap perasuah’
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Azam di Istana Negara pada Isnin. Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sekali lagi bertitah untuk terus memerangi isu rasuah yang kini menjadi ancaman kepada negara.

Seri Paduka Baginda bertitah, agenda membanteras budaya rasuah itu menjadi antara tumpuan utama pemerintahan baginda sebagai pemimpin negara.



“Sebagaimana saya tegaskan sebelum ini, my honeymoon is over, now go catch the bees.

“Agenda memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara akan menjadi tumpuan utama,” titah baginda dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan menghadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Pertemuan selama 30 minit itu turut membangkitkan perkembangan terkini agensi penguat kuasa itu.



Sebelum ini, Sultan Ibrahim bertitah akan menghentikan amalan rasuah dalam negara selepas dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Titah baginda, kestabilan kerajaan perlu konsisten dengan memperkenalkan dasar negara yang lebih mampan bagi memperbaiki keadaan ekonomi.

Sumber – SINAR HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading