Klopp akui rindukan aura kemenangan



London: Jurgen Klopp berkata dia mendapat reaksi yang dimahukannya apabila rembatan Harvey Elliott memberikan Liverpool kemenangan 1-0 di Wolves pada aksi timbal balik pusingan ketiga Piala FA, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Klopp dikritik selepas tewas dua perlawanan Liga Perdana Inggeris sebelum ini di Brighton dan Brentford.

Bagaimanapun jaringan jarak jauh Elliot di babak pertama aksi di Molineux menjelmakan kemenangan pertama mereka selepas empat perlawanan dalam semua pertandingan.

Namun selepas menyingkirkan Wolves, Liverpool akan kembali ke Brighton untuk bertemu pasukan itu di pusingan keempat.



Kekalahan 0-3 The Reds di Brighton Sabtu lalu meletakkan mereka di tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris, 10 mata di belakang kelompok empat teratas.

“Rasa seperti sudah lama kami mempunyai perasaan menang dan bermain baik. Kami beraksi amat baik di babak pertama.

“Ia reaksi yang kami mahu lihat dan ia diterjemahkan oleh pemain-pemain. Jaringan itu amat luar biasa.

“Saya bukan mahu memperkecilkan persembahan Harvey, tetapi ada beberapa pemain terbaik perlawanan hari ini, cuma yang lain tidak menjaringkan gol,” kata Klopp.



Wolves memaksa perlawanan timbal balik diadakan apabila seri 2-2 di Anfield, tetapi skuad Julen Lopetegui berang kerana jaringan Toti dibatalkan pada saat akhir.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker