Pemancing jatuh dari tebing dikhuatiri lemas
Pemancing jatuh dari tebing dikhuatiri lemas
TEMERLOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing bersama rakannya di Jambatan Mempatih, Lanchang, dekat sini, jam 9.57 malam tadi.
Muhammad Ikhram, 23, dilaporkan memancing bersama rakannya sebelum terjatuh dari tebing.
Ia adalah insiden kedua dalam tempoh singkat selepas seorang lelaki berusia 19 tahun lemas di Sungai Pahang berdekatan Kampung Batu Bor, Bera empat hari lalu.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada polis pada jam 10.56 malam,
“Lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bergegas ke tempat kejadian bersama dua jentera.
“Anggota pasukan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tempat kejadian sebelum ditangguhkan dan bersambung pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Katanya, maklumat awal saksi menyatakan terdengar jeritan mangsa meminta tolong.
“Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin dimaklumkan bagi membantu operasi mulai jam 8 pagi hari ini dan mangsa belum ditemui,” katanya.
Pemancing jatuh dari tebing dikhuatiri lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Berlaku Ketirisan Perbelanjaan Kementerian Pertahanan, Nama Siapa Yang Bakal Naik
- Ismail Sabri pertahan atau tidak Naib Presiden?
- Pasca PAU2022, kejutan bakal berlaku Jumaat?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini