Pemandu van didenda RM10,000, dipenjara 10 hari

Pemandu van didenda RM10,000, dipenjara 10 hari

Pemandu van didenda RM10,000, dipenjara 10 hari
Kalaithasan dituduh mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 di Mahkamah Butterworth di sini. – Foto NSTP/DANIAL SAAD

BUTTERWORTH: Pemandu van kilang didenda RM10,000 dan 10 hari penjara oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, di sini selepas mengaku bersalah atas kesalahan memberi suapan RM200 kepada seorang anggota polis, dua tahun lalu.

Tertuduh M Kalaithasan, 53 membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Kalaithasan didakwa memberi suapan wang tunai berjumlah RM200 kepada seorang anggota polis berpangkat koperal.



Tindakan tertuduh sebagai dorongan untuk anggota polis terbabit tidak menahan dan menyamannya atas kesalahan mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No3) 2021, iaitu membawa lebih muatan orang melebihi kapasiti yang dibenarkan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lorong Perusahaan 4 berdepan sebuah kilang di Bukit Tengah, dekat sini, sekitar jam 5.10 petang, pada 28 Jun 2021.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Jika sabit kesalahan, boleh dihukum sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.



Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afiqa Liyana Rosman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semasa prosiding, tertuduh memohon supaya mahkamah mengenakan denda minimum terhadapnya dengan alasan dia sudah tidak bekerja selama dua bulan, selain perlu menanggung isteri, anak masih bersekolah dan ibu yang sudah tua.

Bagaimanapun, Afiqa Liyana meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh atas kesalahan rasuah yang boleh mendatangkan kerosakan kepada masyarakat dan ekonomi, sekiranya tidak dibendung dari awal.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara 10 hari, selain turut memerintahkan penjara selama lima bulan, sekiranya tertuduh gagal membayar denda.



Banduan dipenjara lima tahun bawa pisau di tempat awam

Pemandu van didenda RM10,000, dipenjara 10 hari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah 5 Hakim Mahkamah Persekutuan Akan Memuktamadkan Keputusan Kes SRC Pada 19 Januari Ini



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button