Sidang media merapu, Mahathir sekadar meluahkan perasaan

 

Oleh – Adam Malik


Sidang media merapu, Mahathir sekadar meluahkan perasaan
Sidang Media Mahathir

Apakah yang tidak adil kepada Mahathir dan keluarga, seperti yang Mahathir merapu dalam sidang media semalam?

Selama mendengar kenyataan Mahathir semalam , boleh dikira Mahathir bercakap berkenaan diri sendiri sahaja.

Ketidakadilan yang dimaksudkan oleh Mahathir apabila anaknya disiasat dan diberi tempoh untuk mengisytihar harta dan aset hanya bayangan apa kerajaannya pernah lakukan terhadap Najib Razak .

Dakwaan terpilih yang disebut terhadap anaknya dan juga kuncunya Tun Daim juga adalah bayangan apa yang pernah dilakukn terhadap kepimpinan UMNO seperti Najib Razak dan Zahid Hamidi serta kepimpinan UMNO yang lain ketika Mahathir berkuasa.



APA TINDAKAN MAHATHIR KETIKA MENJADI PM KE-7?

Kerajaan Mahathir langsung tidak bertindak terhadap Zeti Aziz , Nor Yakob, Nazlan Ghazali dan juga Azmin Ali dalam kes ‘Skandal Sandakan’.

Pada kes Sandakan yang popular sebagai “Semburit” semuanya sudah lengkap dari segi pembuktian dengan
video, cctv hotel, saksi , pelaku mengaku dan lain lain, tapi Mahathir sekadar ‘dismiss” skandal itu di “press conference” sahaja dengan kenyataan ‘jika bertindak konspirator yang akan menang”.

Mahathir tidak ambil kira sama ada “did the act took place?” Itu lah ego Mahathir.

Begitu juga pada kes suami bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz dan yang melibatkan Hakim Nazlan Ghazali.

Pada kes Zahid Hamidi , pemberi wang mengaku memberi kepada Mahathir melalui pihak lain dalam buku ledger pemberi dengan kod “Kedahan”.

Turut menerima wang ialah Muhyiddin Yassin, Hishamuddin, Khairy dan juga beberapa lain lagi, namun hanya Zahid sahaja yang didakwa, yang lain tidak disentuh.

Mahathir sekadar mengkritik pembebasan Zahid tanpa Mahathir berani jawap 11 alasan dan fakta pejabat AG mengapa Zahid mesti dilepaskan .

Maka keadilan dan dakwaan terpilih apa yang Mahathir merapu dan meraban?



MAHATHIR LUPA APA YANG DILAKUKAN BELIAU TERHADAP NAJIB?

Sidang media merapu, Mahathir sekadar meluahkan perasaan


Jika Mahathir menyatakan tempoh yang diberi kepada anak nya untuk mengistiyar harta dan pendapatan terlalu singkat dan tidak munasabah, apakah merampas harta dari rumah Najib pada malam pertama bulan suci itu munasabah?

Kes belum bermula pun sudah gelojoh merampas harta.

Harta dirampas dengan gelojoh dengan diumum jumlah palsu demi untuk menampakkan Najib curi terlalu banyak.

Selain itu Najib langsung tidak diberi tempoh walau setengah hari semata mata untuk mengisytiharkan Najib bersalah.

Dalam proses menghukum ini, Najib tidak di izin menukar peguam, tidak di izin kemuka bukti baru , tidak dibenarkan membawa peguam ‘Queen Council’ dan sebagainya.

Maka , nyata sekali sidang media yang diadakan oleh Mahathir semalam sekadar sesi luah perasaan seorang yang kecewa kerana temui jalan buntu dan sudah terperangkap.



Yang sangat menonjol ada lah Mahathir cuba menunjukan dia dan anaknya adalah mangsa ketidakadilan.

Apa yang boleh di lihat adalah rakyat sudah tidak peduli dan tidak percaya dengan Mahathir lagi.

Mahathir tidak kongsi kekayaan dengan rakyat , maka rakyat juga tidak perlu kongsi masalah Mahathir dan anaknya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button