Thailand lancar perkhidmatan pemberitahuan 90 hari untuk warga asing

Thailand lancar perkhidmatan pemberitahuan 90 hari untuk warga asing

Thailand lancar perkhidmatan pemberitahuan 90 hari untuk warga asing
TERMINAL 21, antara kompleks beli-belah yang menjadi tumpuang pelancong di Bangkok. FOTO AFP

Bangkok: Biro Imigresen Thailand melancarkan ‘perkhidmatan pemberitahuan dalam talian 90 hari’ baharu untuk warga asing yang tinggal lebih 90 hari di Thailand.

Pesuruhjaya Biro Imigresen dan wakil sektor berkaitan Jeneral Ittipol Itthisarnronnachai berkata, perkhidmatan baharu itu selaras dengan pelan dasar ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Srettha Thavisin yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong dan pelabur ke Thailand.

“Perkhidmatan baharu oleh Biro Imigresen akan mengurangkan dan memendekkan proses pelaporan bagi warga asing yang menetap atau menjalankan perniagaan di Thailand,” menurutnya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, beliau melancarkan ‘perkhidmatan pemberitahuan dalam talian 90 hari’ baharu untuk warga asing di Bahagian Imigresen 1 di Kompleks Kerajaan di sini, pada Isnin.



Ittipol berkata, perkhidmatan itu akan terlebih dahulu disediakan kepada pelabur yang ditaja oleh Lembaga Pelaburan Thailand (BOI), dengan rancangan untuk meluaskannya kepada warga asing yang memegang jenis visa lain pada masa hadapan.

Mereka yang merancang untuk menggunakan sistem itu boleh berbuat demikian 15 hari sebelum tarikh yang ditetapkan di mana sahaja dan pada bila-bila masa melalui saluran dalam talian, termasuk telefon bimbit, tablet atau komputer.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Penghalang Kepada Keadilan Untuk DS Najib?




Proses pendaftaran pula adalah mudah dengan pengguna dikehendaki mendaftar di www.immigration.go.th, menerima kata laluan melalui e-mel dan log masuk untuk mengisi maklumat peribadi mereka dan memaklumkan penginapan 90 hari dalam sistem.

Keputusan pemberitahuan akan dimaklumkan melalui e-mel atau melalui laman sesawang imigresen.

Pada masa ini, warga asing dikehendaki mengisytiharkan penginapan 90 hari mereka melalui tiga cara – mengunjungi Biro Imigresen, memberi kuasa kepada seseorang untuk melaporkan bagi pihak mereka atau menghantar borang pemberitahuan melalui e-mel berdaftar.

Perkhidmatan dalam talian baharu itu dijangka memberi keselesaan tambahan kepada warga asing melalui saluran perkhidmatan dalam talian biro imigresen.



Selain ‘perkhidmatan pemberitahuan dalam talian 90 hari’, Biro Imigresen juga menawarkan perkhidmatan ‘e-Extension’, membenarkan warga asing melanjutkan visa mereka dengan mengisi maklumat peribadi dalam talian dan membuat janji temu dengan pegawai imigresen untuk pengesahan identiti, dengan pelekat visa dikeluarkan dalam masa lima minit.

Perkhidmatan itu juga memudahkan warga asing melengkapkan prosedur visa mereka.

 

Thailand lancar perkhidmatan pemberitahuan 90 hari untuk warga asing

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Billionaire’s Last Supper, Tapi Mana Mirzan?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading