Kerajaan baru akan dibentuk hujung Januari 2024?

Oleh – Bakhtiar Omar


Kerajaan baru akan dibentuk hujung Januari 2024?

Heboh dalam media sosial, kerajaan baru akan dibentuk pada hujung Januari 2024, rentetan kegagalan ‘Langkah Dubai’ seperti dicanangkan.



Seperti biasa, foto serta tarikh dimanipulasi oleh pempengaruh bagi menutup ‘kesipuan’ selepas tarikh-tarikh yang diunjurkan sebelum ini hanyalah khayalan.

Perikatan Nasional masih ‘berdiam diri’ walau pempengaruh pro-Mahathir menunggang nama PN sebagai pihak yang mahu menukar kerajaan dalam masa terdekat.

Mengapa Perikatan Nasional tidak menafikan apa yang diuar-uarkan pempengaruh tersebut? Adakah memang mereka-Perikatan Nasional, turut terlibat dalam usaha menukar kerajaan?

Sehingga hari ini, tiada sebarang komen dari pimpinan tertinggi parti itu seolah mereka ‘merestui’ apa yang dihebohkan di media sosial.



Esok, 23 Januari 2024, dikatakan Istana Negara akan menerima mengadap 3 wakil dari Perikatan Nasional. Samada benar atau tidak perkara tersebut tidak diketahui kerana hanya dihebahkan oleh pempengaruh pro-Mahathir di media sosial.

Bagaimanapun, carian mendapati ada perancangan penyerahan memorandum kepada Istana Negara pada tarikh yang sama, 23 Januari 2024.

Seperti biasa apa yang dirancangkan oleh individu tertentu sudah pasti ada ‘tangan ghaib’ disebaliknya. Lihat sahaja turutan yang berlaku sepanjang minggu lepas hingga hari ini.

Kerajaan baru akan dibentuk hujung Januari 2024?



  • Jumaat 19/1 – Psywar kata dah cukup nombor sokongan dari 120 sudah menjadi 126.
  • Sabtu 20/1 Pagi – Seminar Perjanjian Pangkor digunakan bagi menyerang Raja-Raja Melayu
  • Sabtu 20/1 Petang – Jamuan Teh di Istana Negara, persepsi menggunakan foto bekas Perdana Menteri tersebar luas
  • Ahad 21/1 – Wan Faysal sertai demonstrasi penunggang ‘Grab’ dan menyatakan Grab di bawah Kementerian Kewangan.
  • Isnin 22/1 – Mahathir dijangka akan membuat sidang media ‘menyerang’ SPRM 

SERANGAN TERATUR DISUSUN OLEH’TANGAN GHAIB’ YANG DIKENALI?

Kerajaan baru akan dibentuk hujung Januari 2024?

Meneliti ‘gaya’ serangan yang teratur ini, boleh dijangkakan siapakah ‘tangan ghaib’ tersebut. Ada kemungkinan percaturan ini juga adalah untuk ‘menakut-nakutkan’ penjawat awam serta Istana kerana selepas Januari 2024, pertukaran KYDMM Agong akan berlaku.

Kebetulan DYMM Sultan Johor yang merupakan bakal KYDMM Agong yang baru telah bertitah tidak akan menerima sesiapa mengadap Baginda sehingga 31 Januari 2024 melainkan urusan melibatkan Negeri Johor.

Dalam keadaan terdesak, ‘tangan ghaib’ perlu segera mencaturkan sesuatu bagi menyelamatkan ‘diri, anak serta kroni’ dari sebarang tindakan pada masa hadapan.



Siapakah mereka yang terdesak itu? Tidak mahu menuding individu mana-mana tetapi pembaca boleh merujuk siapa yang akan berdepan dengan pendakwaan di Mahkamah dan jangan terkejut, akan ada lagi yang akan ikut jejak ke Mahkamah.

 

 

 



 

 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading