4 tahun penjara kerana cuba bakar rumah

 

Oleh Pena Merah

4 tahun penjara kerana cuba bakar rumah
Chow Hon Heng didakwa atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan cuba membakar sebuah rumah pada Oktober lalu. – NSTP

Seorang juruteknik didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan cuba membakar sebuah rumah pada Oktober lalu.

Chow Hon Heng, 31, didakwa di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.



Bapa kepada seorang anak itu didakwa melakukan perbuatan khianat di hadapan sebuah rumah di Taman Duku Juru, Seberang Perai Tengah pada jam 4.45 pagi, 15 Oktober lalu dengan menyebabkan kebakaran serta kerosakan kepada pemilik kediaman.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Aini Yahya, manakala tertuduh yang tidak diwakili peguam kemudian mengaku bersalah sebelum dijatuhi hukuman penjara 54 bulan.

Terdahulu semasa prosiding, pihak pendakwaan memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap lelaki itu sebagai pengajaran, namun tertuduh dalam rayuan, memaklumkan dia sudah insaf dan meminta hukuman penjara berjalan serentak dengan hukuman sedia ada.

Dia kini sedang menjalani hukuman penjara di Tapah, Perak, bermula 29 November lalu, atas kesalahan sama.



Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 48 bulan dan denda RM5,000 terhadap tertuduh atau tambahan penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda ditetapkan.

Tertuduh dilaporkan tidak membayar denda berkenaan.

-Berita Harian-




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading