Saya tidak pernak masuk campur – Siti Zulaikha

 

Oleh Pena Merah

Saya tidak pernak masuk campur - Siti Zulaikha
Siti Zulaikha hadir menemani suaminya, Fizi Ali ketika sebutan kes hadahan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi ini. – NSTP

Isteri kepada penyampai radio Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha memberitahu dia tidak pernah masuk campur dalam masalah antara suami dan bekas isterinya yang juga pelakon, Shakilla Khoriri.

Siti Zulaikha, 31, yang hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah, di sini bagi menemani Fizi buat kes sebutan hadanah berkata, dia seboleh-bolehnya mengelakkan dari campur tangan kerana ia adalah masalah peribadi mereka.



Berikutan itu, Siti Zulaika meminta Shakilla tampil dengan bukti berikutan mendakwa dirinya adalah orang ketiga dalam urusan hak penjagaan anak, Nur Ameena Sofea.

“Rasanya tak ada isu mengenai campur tangan orang ketiga sebab saya tidak pernah masuk campur urusan Fizi dan Shakilla. Kalau dia cakap saya sebagai orang ketiga masuk campur dalam masalah mereka, boleh minta Fizi bukti jika ada. Bagi saya, itu hal mereka.

“Kalau ada bukti sila keluarkan. Itu sahaja. Kalau itu yang dia (Shakilla) katakan keluarkan sahaja bukti tersebut,” katanya kepada BH Online.

Shakilla turut memberitahu dia menyekat nombor telefon Fizi kerana tidak berminat untuk berkomunikasi dengan orang ketiga. - NSTP/Aziah Azmee
Shakilla turut memberitahu dia menyekat nombor telefon Fizi kerana tidak berminat untuk berkomunikasi dengan orang ketiga. – NSTP

Bagaimanapun, Siti Zulaikha menegaskan dia ada membalas sekali mesej dihantar Shakilla kepada Fizi selepas pelakon tersebut mula mengaitkan namanya dalam hal berkenaan.



Siti Zulaikha berkata, dia dan Fizi juga mempunyai bukti untuk dikemukakan bagi menafikan dakwaan campur tangan seperti yang didakwa oleh Shakilla.

“Rasanya pernah sekali saya membalas mesej Shakilla, itu pun disebabkan dia yang mula petik nama saya. Kalau Shakilla kata dia ada bukti, kami pun ada bukti juga. Ada sebab kenapa saya balas mesej dia.

“Tetapi, itu sekali sahaja saya membalas mesej Shakilla disebabkan dia mula kaitkan saya. Kalau tak sebut nama saya, saya tidak akan balas mesej tersebut,” katanya.

Sementara itu, Siti Zulaikha turut memaklumkan emosi Fizi agak terganggu berikutan tidak dapat bertemu dengan anaknya sejak dua bulan lalu.



“Kalau berkait dengan Nur Ameena memang saya nampaklah emosi Fizi sangat terganggu, tetapi Alhamdulillah saya sentiasa berada di sisinya.

“Macam semua orang tahu Fizi pun rapat dengan Nur Ameena dan ini adalah tempoh paling lama tidak dapat berjumpa dengan anaknya,” katanya.

Sebelum ini, Shakilla memberitahu dia menyekat nombor telefon Fizi atau Mohd Hafizudin Alimudin, 37, kerana tidak mahu berkomunikasi dengan Siti Zulaikha yang dikatakan campur tangan terhadap penjagaan anak Nur Ameena.

Shakilla turut memberitahu dia menyekat nombor telefon Fizi kerana tidak berminat untuk berkomunikasi dengan orang ketiga.



-Berita Harian-


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading