Mayat wanita separuh bogel, ditemui di perairan Pulau Perhentian

Mayat wanita separuh bogel, ditemui di perairan Pulau Perhentian

Mayat wanita separuh bogel, ditemui di perairan Pulau Perhentian
– Foto hiasan

BESUT: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel, ditemukan terapung kira-kira 11 kilometer di kawasan perairan Pulau Perhentian, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata mayat yang belum dikenal pasti warga negara itu, ditemukan hanya berbaju serta memakai sarung tangan kain, ketika ditemui.

Katanya, pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mayat mendapati tiada kecederaan, luka atau perbuatan jenayah.



“Mayat berkenaan dijumpai oleh bot pemancing kira-kira jam 11.30 pagi. Pemberi maklumat bertindak menarik mayat itu sebelum diikat pada tali unjang mengelakkan ia dihanyutkan arus.

“Dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Pulau Perhentian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azrol berkata, usaha untuk ke lokasi kejadian semalam terpaksa ditangguhkan ke hari ini kerana keadaan laut bergelora serta angin kencang.

“Pada pagi tadi kira-kira jam 10 pagi Ketua Polis Balai Pulau Perhentian bersama anggota ke lokasi kejadian setelah keadaan laut reda.



“Mayat dijumpai terapung berdekatan unjang yang dimaklumkan pemberi maklumat kira-kira jam 11.15 pagi tadi,” katanya.

Katanya, mayat kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk pemeriksaan lanjut.

Covid19, Aktiviti Pulau Perhentian Ditangguhkan



Mayat wanita separuh bogel, ditemui di perairan Pulau Perhentian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button