Lelaki rentung dalam kebakaran

Lelaki rentung dalam kebakaran

Lelaki rentung dalam kebakaran
Anggota bomba dan penyelamat memeriksa rumah di Kampung Huda, Kubang Kerian di sini. – Foto Nik Abdullah Nik Omar.

KOTA BHARU: Lelaki ditemui rentung dalam satu kebakaran rumah di Kampung Huda, Kubang Kerian di sini.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari tadi, mangsa, Mohd Aimeran Jusoh@Ab Talib, 46, ditemui dalam bilik tidur kerana terperangkap akibat asap tebal.

Ketua Balai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan jam 1.04 tengah hari.



“Seramai 17 pegawai dan anggota dari BBP Kota Bharu serta Kota Darulnaim bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, api sedang marak dan penghuni rumah yang lain memberitahu ada seorang ahli ke keluarganya masih berada dalam rumah dan tidak dapat keluar.

“Anggota kami bertungkus lumus memadamkan api sebelum memasuki bilik tidur dan ternampak mangsa di penjuru ruang itu dalam keadaan rentung,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan rumah kekal sebanyak 80 peratus dan api berjaya dikawal 40 minit kemudian.



“Punca dan jumlah kerugian dalam siasatan,” katanya.

Polis terima 8 laporan tipu urusan beli binatang korban

Lelaki rentung dalam kebakaran

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading