Kes saman fitnah Anwar: Muhyiddin fail pembelaan kelmarin

Kes saman fitnah Anwar: Muhyiddin fail pembelaan kelmarin

Kes saman fitnah Anwar: Muhyiddin fail pembelaan kelmarin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin. – Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman fitnah difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi, kelmarin.

Perdana Menteri memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berhubung kenyataan fitnah yang mendakwa beliau menerima bayaran RM15 juta sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dalam satu ceramah ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Peguam bela Anwar, Datuk S N Nair, berkata anak guamnya diarahkan untuk memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan itu pada 16 Februari ini.



“Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 23 Februari ini secara dalam talian di hadapan penolong pendaftar, Nur Shasha Hidayah Nor Azahar,” katanya ketika dihubungi media selepas pengurusan kes itu di hadapan penolong pendaftar sama hari ini.

Selain Nair, Anwar selaku plaintif diwakili peguam, Jaden Phoon Wai Ken dan Wong Guo Jin, manakala Muhyiddin sebagai defendan diwakili peguam, Chetan Lachman Jethwani.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pada 20 Disember lalu, tuntutan saman itu difailkan Anwar di Mahkamah Tinggi menerusi firma guaman, Tetuan S N Nair & Partners.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Anwar mendakwa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim sewaktu kempen PRU15 pada 5 Disember lalu.



Sehubungan itu, Anwar menuntut daripada Muhyiddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi pampasan selain perintah injunksi untuk menghalangnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan fitnah sama.

Mahkamah arah Najib fail pembelaan

Kes saman fitnah Anwar: Muhyiddin fail pembelaan kelmarin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button