Lelaki dikejar polis sejauh 70 kilometer didenda RM3,000

Lelaki dikejar polis sejauh 70 kilometer didenda RM3,000

Lelaki dikejar polis sejauh 70 kilometer didenda RM3,000
Tangkap layar video tular

JOHOR BAHRU: Lelaki yang melarikan diri bersama kekasihnya dengan sebuah kereta sejauh lebih 70 kilometer sebelum ditahan polis, didenda RM3,000 di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini, hari ini.

Majistret, Hidayatul Syuhada Samsuddin turut memerintahkan tertuduh dikenakan hukuman penjara selama empat bulan sekiranya beliau gagal membayar denda terbabit.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Danish Izzuddin Mohd Sharpie, 20, didakwa menghalang seorang penjawat awam menjalankan tugas.



Atas kesalahan itu, beliau dituduh mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama dan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Ahmad Rofaif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Semalam, media melaporkan tertuduh ditahan bersama kekasihnya iaitu seorang wanita berusia 18 tahun selepas terbabit dengan insiden mengejar sejauh lebih 70 kilometer.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Video kejadian berkenaan yang berdurasi 1 minit 15 saat tular di media sosial sehingga mendapat perhatian ramai.



Siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 11.30 malam kelmarin.

Ketika kejadian, anggota sedang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan rekreasi Adda Height, Johor Bahru sebelum mendapati sebuah kereta Proton Persona diletakkan dalam keadaan mencurigakan.

Ketika polis mahu melakukan pemeriksaan, suspek tidak memberi kerjasama dengan bertindak mengundurkan kenderaan dan merempuh kereta peronda polis, sebelum bertindak cuba melarikan diri.

Tindakan suspek melarikan diri dikejar sehingga 10 kenderaan peronda polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dan juga Johor Bahru Utara.



Mereka ditahan di kilometer 76.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Ayer Hitam setelah cuba melarikan diri sejauh lebih 70 kilometer.

Hasil semakan rekod lampau juga mendapati pasangan kekasih itu tiada rekod lampau jenayah atau kes berkaitan dadah sebaliknya mereka dipercayai melarikan diri selepas terkejut dihampiri kereta peronda.

Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?



Lelaki dikejar polis sejauh 70 kilometer didenda RM3,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button