ATM tahan tiga wanita Indonesia, dua lelaki tempatan di sempadan

ATM tahan tiga wanita Indonesia, dua lelaki tempatan di sempadan

ATM tahan tiga wanita Indonesia, dua lelaki tempatan di sempadan
Angkatan Tentera Malaysia menahan tiga wanita warganegara Indonesia bersama dua lelaki tempatan ketika cuba melintasi sempadan Malaysia Thailand di Bukit Kayu Hitam di sini semalam.- Foto NSTP/Ihsan ATM

ALOR SETAR: Angkatan Tentara Malaysia (ATM) menahan tiga wanita warga Indonesia bersama dua lelaki tempatan ketika cuba melintasi sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen), berkata tangkapan dilakukan kira-kira jam 4.30 petang di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia berdasarkan maklumat perisikan.

“Ketika itu pasukan operasi mengesan pergerakan sebuah motosikal mengiringi sebuah kereta menuju ke arah sempadan dalam keadaan mencurigakan di kawasan ladang getah.



“Pasukan operasi kemudian bertindak menahan kedua-duakenderaan terbabit namun lelaki yang menunggang motosikal berjaya melarikan diri,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan ke atas kereta terbabit menemui tiga wanita warga Indonesia berusia antara 40 hingga 56 tahun bersama dua lelaki tempatan.

“Kedua-dua lelaki tempatan berusia 38 tahun itu juga didapati bertindak sebagai ‘transporter’.

“Pemeriksaan lanjut ke atas ketiga-tiga wanita itu mendapati seorang daripadanya memiliki dokumen perjalanan yang sah, seorang sudah tamat tempoh perjalanan manakala seorang lagi tidak memiliki apa-apa dokumen,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kata kenyataan itu, pasukan operasi turut membuat rampasan yang keseluruhannya bernilai RM65,139.

“Antara yang dirampas sebuah kereta Perodua Aruz, motosikal Modenas Kriss Star, lapan telefon bimbit, empat pasang subang emas dan wang tunai dalam mata wang Malaysia serta Indonesia.

“Kesemua suspek yang ditahan diserahkan kepada Balai Polis Bukit Kayu Hitam untuk siasatan lanjut,” katanya.

Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?



ATM tahan tiga wanita Indonesia, dua lelaki tempatan di sempadan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Desakan Ismail Sabri langkah haramkan Umno?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading