Budak lelaki ditemui dalam kontena akan dihantar pulang
Budak lelaki ditemui dalam kontena akan dihantar pulang

KLANG: Polis mengesahkan penemuan kanak-kanak lelaki warga asing dalam kontena di Pelabuhan Barat, di sini sebagaimana tular di media sosial, sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima aduan daripada lelaki tempatan berusia 43 tahun, berhubung perkara itu jam 1.53 tengah hari Rabu lalu.
Menurutnya, pengadu yang bekerja sebagai operasi perkapalan itu memaklumkan menemui kanak-kanak berkenaan ketika menguruskan kapal masuk di dermaga Pelabuhan Barat (Wesport) serta pemeriksaan sebuah kontena kosong.
“Menurut pengadu, kira-kira jam 9 malam pada 17 Januari (Selasa), dia mendapati seorang kanak-kanak lelaki warga asing berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya dalam kontena berkenaan.
“Semakan ke atas mangsa mendapati tiada sebarang identiti pengenalan diri. Laporan polis dibuat untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Hoong Fong berkata, siasatan lanjut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan mendapati, sebuah kapal Mv Integra bertolak daripada Chittagong, Bangladesh pada 12 Januari lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
- Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?
“Kapal terbabit yang membawa kontena mengandungi muatan barangan am tiba di Pelabuhan Barat pada 17 Januari.
“Mangsa dipercayai masuk secara haram ke dalam kontena ketika kapal berlabuh di Chittangong, Bangladesh.
“Mangsa yang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang ke disahkan dalam keadaan stabil,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan keterangan mangsa, ketika bermain bersama kawan di Chittagong, Bangladesh dia masuk dalam kontena dan terkunci sehingga dijumpai oleh pengadu.
“Siasatan mendapati, tiada unsur jenayah dalam kejadian ini. Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang Selatan telah klasifikasi kes ini rujuk lain agensi (RLA) yang mana kes dirujuk kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk menguruskan dokumen mangsa serta penghantaran pulang dengan menggunakan kapal kargo yang sama,” katanya.
Budak lelaki ditemui dalam kontena akan dihantar pulang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kes Rasuah Zeti dan Nazlan -“Ke Mana Mahathir?“
- Bagaimana pula jika yang menipu status itu sang Hakim?
- Anwar Ibrahim masih melankolik, retorik politik
- Anwar Ibrahim harus henti bicara tentang rasuah jika Kes Zeti dan Nazlan pun tidak mampu buka.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :