Uji Pengalaman Multi-Deria Apabila Ke Hyatt Centric Kota Kinabalu

Uji Pengalaman Multi-Deria Apabila Ke Hyatt Centric Kota Kinabalu

Hotel berinspirasikan alam semula jadi ini menampilkan 222 bilik yang terletak di tengah-tengah lokasi hot spot makanan dan hiburan. Menariknya hotel ini menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk tetamu luar negara dan tempatan; untuk menerokai pengalaman asli dan permata tersembunyi di Sabah.

Hyatt Centric Kota Kinabalu direka oleh arkitek terkenal dunia iaitu Kengo Kuma dari Jepun. Manakala hiasan dalamannya pula dilakukan oleh Melinda Looi, pereka fesyen terkenal tempatan.



Alam semula jadi-budaya gabungan reka bentuk kotemporari 

Menggunakan pokok sebagai metafora reka bentuk utama, Kengo Kuma secara kreatif menerapkan unsurnya di seluruh ruang hotel 23 tingkat ini secara berbeza:

Uji Pengalaman Multi-Deria Apabila Ke Hyatt Centric Kota Kinabalu
Foto – Hyatt Centric Kota Kinabalu
  • Lobi hotel terbuka mewakili akar pokok dengan kehijauan padat yang mempamerkan pokok buluh dan ciri air yang menenangkan.
  • Lantai bilik tetamu pula menggambarkan garis menegak batang pokok.
  • Kawasan atas bumbung berfungsi sebagai mahkota pokok yang menawarkan pemandangan ufuk dan landskap bandar tanpa halangan.
Uji Pengalaman Multi-Deria Apabila Ke Hyatt Centric Kota Kinabalu
Foto – Hyatt Centric Kota Kinabalu
  • Papan tanda di tingkat bilik tetamu diperbuat daripada cengkerang yang menghiasi dinding.
  • Tempat duduk di lounge yang berukir menandakan kedua-dua gunung dan laut.
  • Seluruh lantai dan koridor bilik tetamu diilhamkan oleh budaya Kadazan Dusun tradisional iaitu potongan dan corak tenunan tangan yang  berwarna-warni.
Uji Pengalaman Multi-Deria Apabila Ke Hyatt Centric Kota Kinabalu
Foto – Hyatt Centric Kota Kinabalu

Manakala hotel ini yang menggunakan khidmat Melinda Looi; mengadakan Pameran Warisan Budaya Sabah, Artisan Tempatan dan Pereka Uniform Kakitangan di lobi hotel. Di sini juga, pengunjung boleh duduk berbual di ruang umum yang santai reka bentuknya dan mempunyai sudut artisan pop timbul yang menampilkan visual, karya seni menarik.

Uji Pengalaman Multi-Deria Apabila Ke Hyatt Centric Kota Kinabalu
Foto – Hyatt Centric Kota Kinabalu
  • Anniketnni Madian: Arca kayu ukiran yang menampilkan  bunga Rafflesia dan kehidupan semula jadi di lembah (Restoran ON22).
  • Raku Inoue: Cetakan kertas berbingkai rama-rama yang menggunakan bahan semula jadi.
  • Agnes Lau: Seramik pada panel lobi lif.
  • Regev Amrani: Imej dinding abstrak yang mewakili Gunung Kinabalu.

Pemandangan seni jalanan tempatan sebagai permata tersembunyi

Hyatt Centric Kota Kinabalu turut menawarkan lawatan seni jalanan berpandu untuk menerokai permata tersembunyi di kawasan kejiranan. Pengunjung akan dibawa oleh seorang penduduk Kota Kinabalu iaitu Jared Abdul Rahman. Pengunjung akan dikongsikan kisah sebenar dan inspirasi di sebalik koleksi karya ikonik seni jalanan daripada grafiti mentah organik kepada mural yang dipilih selama 1 jam.

Uji Pengalaman Multi-Deria Apabila Ke Hyatt Centric Kota Kinabalu
Foto – Hyatt Centric Kota Kinabalu

Jangan lepaskan peluang untuk lihat karya tafsiran tentang alam sekitar yang dinamakan “Vanishing Wall” (2019) oleh East Tribe, karya kerjasama Kenji Chai serta karya bersahaja yang menggabungkan gentrifikasi kawasan bertajuk “Auntie” (2019) oleh Akid Satu.



Untuk maklumat lanjut tentang Hyatt Centric Kota Kinabalu, sila layari www.hyattcentrickotakinabalu.com atau hubungi +60154 874 1234.

Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Uji Pengalaman Multi-Deria Apabila Ke Hyatt Centric Kota Kinabalu

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button