P.Radhi Hadir Dengan Suatu Masa: Sebuah Dedikasi Untuk Insan Yang Telah Pergi



P.Radhi Hadir Dengan Suatu Masa: Sebuah Dedikasi Untuk Insan Yang Telah Pergi

P.Radhi Hadir Dengan Suatu Masa: Sebuah Dedikasi Untuk Insan Yang Telah Pergi

P.Radhi atau nama sebenar , Muhammad Radhi Ab Rahman , muncul dengan cover terbaru Suatu Masa nyanyian asal M.Nasir, terbitan Luncai Emas Sdn Bhd .

Gaya Ala Seniman

P.Radhi Hadir Dengan Suatu Masa: Sebuah Dedikasi Untuk Insan Yang Telah Pergi
via Luncai Emas

P.Radhi berjaya menarik perhatian dengan single ‘cover’ pertama beliau “Tiara” dalam gaya ala – ala seniman agung Allahyarham P.Ramlee. P.Radhi merupakan Juara Bintang P.Ramlee Kebangsaan tahun 2016.

Suatu Masa merupakan sebuah lagu nyanyian dan ciptaan M.Nasir untuk OST Dia Ibuku yang telah diterbitkan pada tahun 1981 dan kemudian dinyanyikan semula oleh M.Nasir dalam album Srikandi Cintaku pada tahun 1999.



Kerinduan Suami Kepada Isteri

Gubahan lagu Suatu Masa digubah dalam gubahan klasik sepertimana lagu ‘’Tiara’’ terdahulu. Gubahan klasik adalah kreativiti Mohd Ridzuan Taib atau lebih dikenali sebagai Wan Dillhanaridz.

Video muzik Suatu Masa berkisahkan kerinduan seorang suami kepada isterinya yang telah pergi selama-lamanya.

Dibintangi Pelakon Aznie Azmi

P.Radhi Hadir Dengan Suatu Masa: Sebuah Dedikasi Untuk Insan Yang Telah Pergi
via Luncai Emas

Selain P.Radhi, ia turut dibintangi oleh penyanyi dan pelakon, Aznie Azmi, seorang ahli kumpulan popular, The Gady’s, yang berlakon sebagai isteri.

Manakala Video muzik telah diarahkan oleh pengarah, Juril Jumali dan penggambaran telah dijalankan di Laman Dayung, Kuang, Selangor.



Audio Suatu Masa oleh P.Radhi sudah pun ada di semua saluran digital seperti Spotify, Apple Music manakala video muzik pula akan dilancarkan dan sedia untuk dilayari di YouTube pada 20 Januari 2023 ini.

Tak Sempat Bawa Pergi Hospital [VIDEO]

P.Radhi Hadir Dengan Suatu Masa: Sebuah Dedikasi Untuk Insan Yang Telah Pergi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker