Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Dua orang ahli UMNO menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sebagai bantahan kepada keabsahan usul tambahan di PAU 2022.

Usul tersebut adalah usul yang diminta oleh wakil UMNO Negeri Sembilan, Mohd Shukri Shamsudi yang meminta supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.



Dua orang ahli UMNO yang membuat bantahan tersebut adalah (Terengganu), Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom (Negeri Sembilan).

Tindakan mereka mendapat pujian yang segera dari calon BN Sungai Buloh yang kalah dalam PRU 15, Khairy Jamaluddin (KJ).

“Well done, guys, ada yang masih berani dan waras dalam Umno,” kata KJ.

Pujian KJ kepada dua orang ahli UMNO itu pula mendapat respon dari Speaker DUN Johor yang juga adalah ahli MKT UMNO, Dr Puad Zarkashi.



“Berani atau dipergunakan?”

“Sepatutnya orang ataslah yang buat aduan”.

“Itu baru berani namanya”.

“Jangan guna orang bawah apatah lagi kalau bekas pegawai sendiri”.



“Itu waras ke?,” sindir Dr Puad Zarkashi.

Dalam isu ini, penulis bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Puad Zarkashi.

Orang yang merasakan diri mereka layak dipanggil sebagai pemipin, seperti KJ, Ismail Sabri, Hishamuddin dan yang seangkatan dengan mereka, rupa-rupanya manusia penakut.

Mereka hanya pandai membuat provokasi dan kenyataan=kenyataan yang mengelirukan.



Tetapi apabila tiba masa untuk bertindak, mereka akan gunakan orang yang berada dalam kawalan mereka untuk melakukannya.

Sebabnya mudah, sekiranya tindakan yang dilakukan atas provokasi yang mereka lakukan itu membawa masalah, maka manusia penakut ini akan berdiam diri.

Mereka tidak berani untuk mengambil risiko untuk bertanggungjawab atas kerosakan yang mereka sendiri mulakan.

Malah tidak mustahil, manusia penakut ini akan menjadi antara golongan yang paling vokal dalam menyalahkan orang tunggangan mereka.



Mereka mahu imej mereka terus dilihat bersih dan suci.

Kepada ahli UMNO, apakah manusia penakut ini layak diangkat atau dipanggil sebagai pemimpin?

 

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button