Deena Emir Bersalin Anak Ketiga [VIDEO]

Saharul Ridzwan Syukur Nikmat Dukung ‘Baby Girl’

Deena Emir Bersalin Anak Ketiga

Deena Emir Bersalin Anak Ketiga

Tahniah diucapkan kepada Saharul Ridzwan yang menyambut kelahiran cahaya mata ketiga selepas isterinya, Deena Emir selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, sekitar jam 6.30 petang, Jumaat lalu.

Menerusi sebuah hantaran terkini pelakon itu di Instagram, Saharul, 34, dilihat teruja memangku bayi perempuannya di hospital sambil menitipkan kata-kata kerohanian ditemani isteri tersayang.



Deena Emir Bersalin Anak Ketiga

Deena Emir Bersalin Anak Ketiga

 

“Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Hebat Allah, segala puji bagi Allah. Semuanya Allah SWT,” tulisnya.



Video yang kini sudah pun menerima lebih 51,000 tanda suka itu turut disusuli dengan ucapan tahniah para peminat dan rakan selebriti.

“Alhamdulillah… tahniah brother,” ucap Fendy Bakry.

“Alhamdulillah tahniah,” tulis pelakon, Niena Baharun.

“Tahniah sahabat,” titip Nadzmi Adhwa.



“Tahniah Akhi,” komen Johan Asaari.

“Amin tahniah,” komen yang ditinggalkan Balkisyh Semundur Khan.

Saharul turut memuat naik foto bahagian tangan anaknya itu di Insta Stories.

Deena Emir Bersalin Anak Ketiga



Imbas kembali, Saharul dan Deena atau nama sebenarnya, Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir mendirikan rumah tangga pada September 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka turut mempunyai dua orang cahaya mata lain iaitu Muhammad Luth Ali, 6, dan Fateema Azzahara, 3.

Deena Emir Bersalin Anak Ketiga



Netizen Puji Sharifah Zarina Sporting [Video]

 

Deena Emir Bersalin Anak Ketiga

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Hari ini yang dibicarakan bukan Najib Razak tapi mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button