Lelaki mirip Ronaldo jadi perhatian ramai

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki mirip Ronaldo jadi perhatian ramai
SEORANG lelaki yang mirip Ronaldo menjadi perhatian ramai orang di Riyadh, baru-baru ini. – Foto Gulf News/Tangkapan Layar

Seorang lelaki Arab Saudi mendapat perhatian orang ramai kerana memiliki rupa paras mirip ikon bola sepak dari Portugal, Cristiano Ronaldo, lapor portal berita Gulf News semalam. 

Muncul dengan memakai jersi nombor 7 seperti dipakai Ronaldo semasa bermain untuk Kelab Al Nassr FC di  Riyadh, lelaki itu dilihat mempunyai gaya rambut menyerupai  legenda Portugis tersebut.



Penampilannya menarik perhatian orang ramai. Mereka tidak melepaskan peluang  untuk bergambar bersamanya.

Tiada komen daripada Ronaldo yang sebenar dan turut dikenali sebagai CR7 berhubung video tular tersebut.

Pada Januari 2023, dia menyertai kelab Al Nassr FC di bawah perjanjian selama dua setengah tahun.

Sejak menjejakkan kaki ke Arab Saudi, pemain itu  memukau peminat dengan kemahirannya bermain bola sepak dan menjaringkan gol.



Pada November tahun lalu, sebuah muzium yang mempamerkan kerjaya legenda berusia 38 tahun itu dibuka di Riyadh. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading