Wanita larikan diri daripada serbuan polis ditemui lemas

Wanita larikan diri daripada serbuan polis ditemui lemas

Wanita larikan diri daripada serbuan polis ditemui lemas
Anggota bomba mengusung mayat wanita mangsa lemas di Sungai Belat, Batu Tiga, Kuantan. – Foto KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN: Mayat wanita yang terjun ke Sungai Belat dekat Jeti Tanjung Punai, di sini, ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis ditemui lemas pagi tadi.

Mayat mangsa berusia 42 tahun itu ditemui pada jam 11.36 pagi oleh Unit Selam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, kira-kira 50 meter dari lokasi mangsa terjun.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada hari kedua kira-kira jam 8 pagi tadi.



“Pencarian bertumpu kepada rondaan menggunakan bot di sepanjang sungai berkenaan menggunakan tiga bot milik Polis Marin dan JBPM.

“Turut memberi bantuan dalam operasi SAR adalah unit K9 JBPM mengunakan dua ekor anjing nama yang diberi nama Pop dan Blade,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke darat untuk siasatan lanjut dan pengecaman oleh anak mangsa mengesahkan identitinya.

Tembelang ‘Broker’ Main 2 Kolam Akan Terbongkar



Wanita larikan diri daripada serbuan polis ditemui lemas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button