Zarina Zainuddin ambil masa berbelas tahun ambil hati madu

“Penipulah tak ada rasa cemburu” - nasihat wanita jangan ‘curi’ suami orang 

Zarina Zainuddin ambil masa berbelas tahun ambil hati madu

Zarina Zainuddin ambil masa berbelas tahun ambil hati madu
Zarina akui bukan mudah untuk hidup bermadu.
SEBAGAI seorang yang bergelar isteri kedua, pelakon Zarina Zainuddin memberitahu dia sendiri mengambil masa belasan tahun untuk memahami perasaan madunya.Zarina atau Nur Zarina Mohd Zainuddin, 53, berkata, tidak mudah hidup bermadu kerana masing-masing sentiasa berperang dengan perasaan sendiri.”Penipulah tak ada rasa cemburu, sakit hati, makan hati semua ‘rempah’ ratus tu, kau kena lalui dulu. Gaduh-gaduh dulu ingat senang ke nak masuk dalam hidup orang? Kita ini orang asing buat mereka.

Zarina Zainuddin ambil masa berbelas tahun ambil hati madu
Zarina meninggalkan komen di Instagram Shahrulezad.

Zarina berkongsi perkara itu di ruang komen pengarah Shahrulezad Mohameddin yang memuat naik tentang kisah anak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah di Instagram miliknya.

Dalam hantaran itu, Hidayah mengakui sepanjang hidup bermadu dia tidak pernah mempunyai rasa cemburu terhadap isteri pertama suami, malah menganggap ia adalah satu rezeki.



Bercakap lanjut mengenai poligami, Zarina menasihatkan wanita diluar sana agar tidak memilih jalan itu kerana merasakan bergelar isteri kedua bukan satu perkara mudah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kata Zarina, wanita yang berkahwin degnan suami orang sering dipandang rendah oleh masyarakat dan mengakui pada mulanya dia juga melawan namun akur dan belajar untuk menyayangi madunya.

“Kalau boleh janganlah curi laki orang, kau pinjam ke, kau share ke… memang tak best. Yang seronok bila suami sakit, dua-dua berebut bergilir nak jaga.

Zarina Zainuddin ambil masa berbelas tahun ambil hati madu
Zarina bersama suaminya, Raihan.

“Saya belajar untuk sayangkan madu saya. Anggap dia macam kakak. Dia marah ke apa ke saya terima.



“Mula-mula saya melawan juga tapi bila saya tengok betul-betul nasib dia, saya jatuh sayang dan berjanji akan bahagiakan dia selagi ada nyawa saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu sepasang kembar termasuk Muhammad Raizal Azrai Abu Raihan dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan yang kini berusia 27 tahun.

Tidak sangka saya bermadu dengan adik sendiri



Zarina Zainuddin ambil masa berbelas tahun ambil hati madu



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button