68 saman kesalahan jalan raya dalam Op Selamat 19/23

68 saman kesalahan jalan raya dalam Op Selamat 19/23

68 saman kesalahan jalan raya dalam Op Selamat 19/23
Lelaki yang ditahan polis bersama dadah jenis heroin dalam operasi Op Selamat di tepi jalan Kampung Sungai Semiar, Jeneri. -Foto NSTP/Ihsan PDRM

SIK: Polis mengeluarkan 68 saman terhadap pengguna jalan raya di daerah ini yang kebanyakannya membabitkan kesalahan lesen memandu dan topi keledar dalam Op Selamat 19/23, semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman, berkata dalam operasi itu sebanyak 90 motosikal, 50 kereta dan 10 lain-lain kenderaan diperiksa oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Sik yang diketuai Inspektor Muhammad Yusri Ahmad Adlan.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang dipercayai penagih dadah di tepi jalan Kampung Sungai Semiar, Jeneri pada jam 6.30 petang.



“Suspek gagal melarikan diri berikutan jalan menghala Empangan Jajar Kota Bukit itu ditutup kedua-dua hala dan dikawal polis,” katanya di sini, hari ini.

Abdull Razak berkata, kawasan itu sebelum ini menjadi tempat kumpulan motosikal untuk berlumba namun ketika kejadian, tiada aksi perlumbaan motosikal dikesan di situ.

“Berikutan itu suspek ditahan untuk tindakan lanjut dan hasil pemeriksaan menemui satu peket plastik lutsinar bahan disyaki dadah jenis heroin seberat 0.20 gram dalam genggaman tangan kanan suspek.

“Berikutan itu, dadah berkenaan dirampas dan lelaki yang menetap di Jeneri itu ditahan sebelum dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Sik untuk tindakan lanjut,” katanya.



Abdull Razak berkata, hasil siasatan mendapati, suspek memperoleh dadah daripada seorang individu di kawasan itu untuk melepaskan gian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Beliau berkata, suspek yang tidak bekerja itu dipercayai terbabit dengan kegiatan dadah sejak tahun 2000 dan pernah dua kali dihukum berkaitan dadah bagi Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Hasil ujian saringan awal juga mendapati suspek positif dadah jenis Morphine.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952,” katanya.



68 saman kesalahan jalan raya dalam Op Selamat 19/23


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button