Gerhana matahari penuh dilihat di Amerika Utara hari ini

Oleh – Syeikh Baran


Gerhana matahari penuh dilihat di Amerika Utara hari ini
GAMBAR fail menunjukkan gerhana matahari di Pulau Balut, Filipina pada Disember 2019. – Foto AFP

Fenomena gerhana matahari penuh akan merentasi benua Amerika Utara hari ini dan menawarkan peluang yang jarang berlaku untuk orang ramai melihat langit petang bergelap seketika, lapor saluran berita NBC News.

Laluan gerhana diramal merentasi Mexico, 15 negeri Amerika Syarikat (AS) dan sebahagian timur Kanada.



Di semua negeri lain di AS, orang ramai akan menyaksikan gerhana matahari separa dengan bulan menutupi matahari dan mengaburkan sebahagian cahayanya.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menganggarkan bahawa 31.6 juta orang tinggal dalam apa yang dikenali sebagai laluan keseluruhan, di mana gerhana matahari penuh akan dapat dilihat. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading