Hubungan Malaysia, Brunei terus diperkukuh
Hubungan Malaysia, Brunei terus diperkukuh
BANDAR SERI BEGAWAN: Hubungan istimewa Malaysia-Brunei yang sentiasa berada di tahap tertinggi akan diperkukuhkan lagi dengan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brunei selama dua hari bermula esok.
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, lawatan itu merupakan lawatan rasmi kedua buat Datuk Seri Anwar sejak memegang jawatan Perdana Menteri selepas Indonesia pada awal bulan ini.
Menurutnya, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei kira-kira pukul 3.30 petang esok dan dijadual menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei pada sebelah malam.
Katanya, pada hari kedua, Perdana Menteri dijadual menghadap dan mengadakan perbincangan empat mata dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman untuk menilai kemajuan kerjasama yang sedia terjalin dan meneroka kerjasama baharu yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
“Kedua-dua pemimpin itu kemudiannya akan menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan juga Agensi Pelaburan Brunei (BIA), disusuli dengan Majlis Santapan Rasmi yang dihoskan Sultan Brunei.
“’MoU langkah susulan lawatan khas Sultan Hassanal pada 28 November lalu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Datuk Seri Anwar diiringi isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan juga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Raja Reza Raja Zaib Shah.
Brunei Darussalam adalah rakan dagangan ke-26 terbesar Malaysia pada 2022 dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah dagangan berjumlah RM13.22 bilion manakala eksport ke Brunei naik 33.3 peratus kepada RM7.4 bilion. – UTUSAN
Hubungan Malaysia, Brunei terus diperkukuh
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan