Tindakan bakar al-Quran, provokasi terhadap 1.5 bilion umat Islam



Tindakan bakar al-Quran, provokasi terhadap 1.5 bilion umat Islam

Tindakan bakar al-Quran, provokasi terhadap 1.5 bilion umat Islam

RIYADH: Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Sheikh mengutuk tindakan seorang ahli politik berhaluan kanan yang membakar al-Quran di Stockholm, Sabtu lalu.

Memetik laporan Saudi Gazette, Sheikh Abdul Aziz yang juga Pengerusi Majlis Ulama Kanan menyifatkan perbuatan individu sebagai tindakan provokasi terhadap 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.

Malah, jelas beliau, tindakan pemimpin politik itu hanya menyemarakkan lagi kebencian dan memupuk sikap ekstremis.



Sheikh Abdul Aziz memuji kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar termasuk kecaman Arab Saudi terhadap pihak berkuasa Sweden yang membenarkan aktivitis pelampau itu membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.

“Amalan buruk ini meningkatkan kebencian dan memenuhi agenda ekstremis dan pengganas selain menjadi punca kebencian di seluruh dunia,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh masyarakat dunia untuk menyatakan pendirian tegas terhadap mana-mana pihak yang menyokong dan membenarkan tindakan seumpamanya berlaku di bawah sebarang nama mahupun slogan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mufti besar mengulangi bahawa tindakan biadap dan provokatif hanya akan mengukuh lagi ummah umat Islam dengan kepercayaan mendalam di hati terhadap status al-Quran.



“Ini kerana al-Quran menjadi sumber penggubalan perundangan dan amalan betul dalam membimbing panduan bertutur dengan baik dan menyebarkan nilai keamanan dan kehidupan bersama dalam kalangan negara,” katanya.

Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Tindakan bakar al-Quran, provokasi terhadap 1.5 bilion umat Islam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker