Lima warga asing kendali bot tempatan ditahan di Pulau Kendi

Lima warga asing kendali bot tempatan ditahan di Pulau Kendi

Lima warga asing kendali bot tempatan ditahan di Pulau Kendi
Anggota Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan lima warga asing kendali bot tempatan di kedudukan 13 batu nautika barat daya Pulau Kendi petang semalam. – Foto/

GEORGETOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan sebuah bot tempatan yang dikendalikan lima warga asing dengan dua daripada mereka tiada sebarang dokumen perjalanan diri di kedudukan 13 batu nautika Pulau Kendi dekat sini, petang semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed, berkata bot kelas C terbabit ditahan oleh kapal ronda Maritim Malaysia menerusi Op Pertiwi dan Op tanjung sekitar jam 4.51 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot yang berpangkalan di Pantai Remis, Perak itu dikendalikan seorang tekong warga Thailand dan empat kru warga Myanmar berumur 27 hingga 55 tahun.



“Namun dua daripada kru warga Myanmar terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri serta melanggar syarat sah lesen.” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Abd Razak berkata, bot serta kesemua kru terbabit ditahan bagi membantu siasatan manakala 100 kilogram hasil laut dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk tindakan lanjut.

DISYORKAN UNTUK ANDA :


Katanya, masih terdapat segelintir pengusaha atau pemilik bot yang berdegil menggunakan pendatang tanpa izin untuk bekerja dengan mereka meskipun tangkapan dan amaran telah dilakukan sebelum ini.

Kes itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat lesen dengan menggunakan kru asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.



Lima warga Thailand ditahan tangkap ikan di kawasan larangan

Lima warga asing kendali bot tempatan ditahan di Pulau Kendi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button