Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 1
Restoran Paling Best & Sedap
Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 1
Apabila kita pergi berjalan atau bercuti, antara benda paling penting selain penginapan yang kita titik beratkan untuk mencari destinasi, makanan sedap juga menjadi faktor penting. Bagi anda yang merancang untuk ke Janda Baik, jangan risau, mari kami kongsikan antara 12 tempat makan menarik di Janda Baik dan Bentong.
1. Kopi Ladang Restaurant
Buat para penggemar kopi, restoran ini antara tempat wajib yang perlu anda cuba. Kalau anda nak tahu, kopi di sini adalah unik kerana ia merupakan hasil tanaman mereka sendiri. Malah, mereka turut roast biji kopi itu di situ juga.
Memang kopi fresh la. Boleh order panas atau sejuk. Nak order online pon boleh tau. Klik di sini. Selain dari itu, restoran ini juga mempunyai rekaan dan hiasan dalaman yang sangat insta-worthy.
Kalau bab makan, mereka memang tak ambil ringan. Dengan variasi hidangan dari Western ke lokal, anda diberi pilihan luas. Sarapan pagi di sini antara yang paling sibuk.
Mana taknya, longing, nasi lemak, telur separuh masak, semua ada. Mereka mempraktiskan servis layan diri. Anda cuma perlu, order, bayar dan tunggu pesanan anda dipanggil. Untuk maklumat terkini, ikuti mereka di Facebook dan Instagram.
2. Cafe Nusantara Daun
Mencari makanan masakan kampung untuk makan tengah hari atau makan malam? Cafe Nusantara Daun sedia mengenyangkan anda. Dengan persekitaran penuh kehijauan dan suasana kampung, cafe ini sangat menyenangkan.
Antara menu pilihan ramai di sini termasuk nasi bakar, sejenis hidangan nasi buluh yang dihidangkan bersama ayam goreng, tahu, tempeh dan sambal bajak. Istimewa kan? Anda juga boleh mencuba ikan patin tempoyak yang sinonim dengan orang Pahang, sup tulang, satay atau masakan goreng-goreng panas. Jangan lupa singgah tau.
3. Lemang To’Ki
Lemang To’Ki ni bukan sahaja dikenali ramai oleh orang Pahang, malah, satu Malaysia. Dah jadi seperti satu jenama dalam industri lemang.
Menu utama mereka tentulah lemang yang dihidangkan dengan pilihan rendang ayam atau daging. Tak perlu tunggu bulan puasa atau hari raya la kan.
Selain menu tarikan mereka itu, mereka juga menghidangkan nasi berlauk dengan pilihan lauk yang banyak dan sedap.
Ada juga menu istimewa lain iaitu ayam bakar dengan air asam To’Ki. Nak rasa lemang istimewa yang popular ini, datang sendiri ke Lemang To’Ki. Untuk maklumat terkini, ikuti mereka di Facebook dan Instagram.
4. Lemuni Cafe @ Istana Lemuni
Satu lagi restoran yang menghidangkan masakan Melayu kampung, Lemuni Cafe di Istana Lemuni. Suasana dan look restoran ini juga ala-ala kampung. Dengan struktur diperbuat dari kayu, atap tinggi dan perabot kayu, memang macam suasana kampung.
Baca: 29 Tempat Menarik Di Janda Baik Untuk Percutian Singkat Yang Luarbiasa
Malah ada seksyen di mana anda boleh duduk bersila, macam orang dulu-dulu. Di sini juga menyediakan servis katering dan event di mana anda boleh menjadikan lokasi majlis perkahwinan juga.
Mereka menyediakan hidangan buffet style sarapan pagi dengan menu termasuk nasi lemak, bihun, lempeng, ubi rebus dan macam-macam lagi. Dengan harga RM30 (dewasa) dan RM20 (Kanak-kanak), berbaloi la boleh makan berkali-kali. Menu tengah hari pula didatangkan dalam bentuk set.
Nasi dihidangkan bersama ulam-ulaman dan berbagai jenis lauk seperti asam pedas dan kari ikan jenahak, daging dan rebung gulai kawah dan macam-macam lagi. Buat masa ini mereka mengikut sistem reservation jadi pastikan anda membuat tempahan untuk dine-in sebelum ke sana. Klik di sini untuk buat tempahan anda.
5. Warung Janda Baik
Restoran yang kian mendapat perhatian, dengan nama yang mudah diingati ini seeing menjadi spot berkumpul buat travellers yang suka berkonvoi.
Jadi, geng-geng kereta, superbike dan basikal memang kenal dengan kedai ini. Mereka beroperasi untuk sarapan pagi dan makan tengah hari.
Menu yang popular di sini ialah lempeng. Dengan berbagai jenis lempeng di sini, lempeng pisang antara yang istimewa kerana dihidangkan bersama serawa durian. Ha, lain dari yang lain, kan?
Selain itu, specialty atau signature di sini merupakan nasi lemak hijau mereka. Mesti cuba tu. Selain itu, soto nasi ayam dan patin tempoyak pon ada di sini.
6. Kopi N Kraf
Satu lagi kafe kopi menarik di Bentong ialah Kopi N Kraf. Bukan kedai kopi calang-calang ni. Ada bermacam kopi yang dihidangkan di sini, baik dari dalam ataupun luar negeri.
Tetapi yang menarik tentang Kopi N Kraf mungkin saja struktur kedai ini yang dibina di atas asas batu sungai. Malah, bangunan ini sebenarnya dibina menggunakan rumah Tradisional Indonesia.
Selepas rumah ini dibeli, ia di cabut dan dipasang semula di sini, dengan sedikit adjustment dilakukan untuk sesuaikan bangunan ini dengan persekitarannya.
Makanan yang ditawarkan di sini juga menggabungkan makanan dalam dan luar negeri. Antara yang istimewa di sini ialah ayam kuzi dari Kelantan, Soto Indonesia dan Popiah Cambodia. Nak rasa semua makanan unik ini, pastikan anda singgah ke sini apabila tiba di Bentong.
Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Zeti ; Anwar bersikap ‘No Action, Talk Only’?
- Definasi Setiakawan Bagi MCA Dan MIC
- Bila Rasuah Cuba Di Halalkan Dengan Penjenamaan Semula
- Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan