Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2



Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2

1. Nero Bianco Deli

Jika anda mengidam makanan western ketika di Janda Baik, pergi ke Nero Bianco Deli. Kedai yang simple, dengan look industrial ini, menawarkan makanan barat atau western sebagai menu utama.

Antara makanan yang mesti dicuba ialah Grilled Lamb iaitu kambing bakar, German Sausage dan juga spaghetti dengan meatballs.

Burgers dan nuggets juga ada di sini. Memang berbaloi makan di sini kerana harganya juga berpatutan. Ikuti laman media sosial mereka di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini.



📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Lot 5474, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

2. Satay Warisan Pak Chu

Buat penggemar satay, jangan risau, satay Warisan Pak Chu tersedia di Bentong. Gerai yang dijayakan sejak tahun 1993 ini, menjual satay yang pelbagai dengan ramuan rempah satay mereka tersendiri.

Dihidang bersama kuah kacang yang pekat dan sedap, nasi impit, bawang dan timun, memang cukup memuaskan. Pastikan anda datang makan Satay Warisan Pak Chu. Ikuti laman media sosial mereka di Facebook untuk maklumat terkini.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kampung Baru, 28700 Bentong, Pahang, Malaysia

3. Ikan Bakar Sri Tanjung

Bagi anda yang teringin nak makan makanan laut ketika di Bentong, singgahlah ke Ikan Bakar Sri Tanjong. Menu utama mereka tentulah ikan bakar dan kerang bakar berempah, kerana itu la specialty mereka.

Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2

Namun, ada juga makanan laut yang dimasak berkuah, stim ataupun goreng tepung. Memang puas hati makan di sini kerana hidangannya yang besar. Ikan bakar mereka pon besar-besar.



Sering menerima kunjungan berkumpulan seperti pelancong antarabangsa, konvoi kereta dan banyak lagi. Ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk melihat kepelbagaian menu mereka.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: 1, Batu 1, 4, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang

4. Kedai Minang Sri Selera

Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2

Kedai simple yang berdekatan dengan sungai ini sebenarnya terkenal sungguh dengan specialty mereka, iaitu sup tulang.

Sup tulang istimewa mereka ini pernah dinobatkan sebagai sup tulang terbaik di Janda Baik. Di sini anda boleh membuat pilihan untuk menikmati sup tulang ini bersama nasi ataupun bihun.

Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2

Kepakaran mereka juga merupakan makanan minang dalam bentuk nasi campur padang. Selain itu lauk-pauk tengah hari dan snek minum petang juga ada di sini. Kalau hari panas, boleh juga nikmati ABC di sini. Ikuti laman Facebook mereka untuk maklumat terkini.



📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Minang Sri Selera, Janda Baik

5. Restoran Che’ Seafood Janda Baik

Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2

Pada mata kasar, ia nampak seperti kedai Tom yam biasa. Namun, Restoran Che’Seafood ini menjadi pilihan ramai orang di Janda Baik.

Walaupun menu yang ditawarkan agak biasa kita lihat di kedai Tom yam lain, ia istimewa kerana masakannya yang dikatakan sedap sangat.

Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2

 

Kalau anda sukakan makanan Thai, anda juga boleh makan beberapa di sini. Terdapat kerabu, pulut mangga dan banyak lagi. Set-set tomyam mereka juga berbaloi kerana lengkap dan cukup untuk dimakan mengikut size kumpulan anda. Harga yang diletakkan juga sangat berbaloi. Pastikan anda singgah ke Che’ Seafood apabila ke Janda Baik.

📍 Alamat⌚ Waktu Operasi
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

6. Pinto Coffee+

 

Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2

 

Antara rahsia terbaik Janda Baik ialah kafe kopi, Pinto Coffee+. Satu lagi kedai kopi yang menyaksikan kopi buatan mereka sendiri. Biji kopi yang ditanam, dikupas dan dibakar sendiri ini diberi nama kultura, banjaran origin dan belantara. Nak beli pek kopi mereka ini untuk dibawa pulang pon boleh.



Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2

Dari segi makanan, cafe ini menyediakan seleksi yang ringkas namun cukup memuaskan. Dengan kek-kek yang sedap seperti marble cake a la mode, carrot walnut slice dan cheesecake, menjadi gandingan hebat untuk kopi yang dipesan nanti.

 

Lelaki Masak Ayam Guna Mesin Pembancuh Kopi Di Hotel

Tempat Makan Menarik Di Janda Baik Bah. 2



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Sogok Pengundi – Alasan dan penafian PAS Tidak masuk akal.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker