Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini
Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini
Timbalan Presiden UMNO, DSU Mohammad Hassan (Tok Mat Hassan) memaklumkan kedudukan Khairy Jamaluddin (KJ) akan ditentukan petang ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa lawatan ke galeri jualan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).
Beliau yang juga merupakan Menteri Pertahanan berkata demikian semasa memberikan respon terhadap soalan wartawan mengenai status KJ di dalam UMNO.
“Petang nanti kita akan tentukan,” jawab Tok Mat Hassan.
Baca di sini:
https://malaysiagazette.com/2023/01/25/mgnews-status-kj-akan-ditentukan-petang-ini-tok-mat/
KJ yang didapati telah melanggar displin parti apabila secara terbuka telah memburukkan UMNO dalam siri kempen PRU 15 beliau di parlimen Sungai Buloh.
Ekoran dari itu, banyak pihak dari akar umbi UMNO mahu supaya KJ dikenakan tindakan tegas sebagai pengajaran kepada yang lain.
Mesyuarat UMNO dijadual diadakan petang di Menara Dato’ Onn, WTC, Kuala Lumpur.
Tok Mat Hassan: Status KJ Di Tentukan Petang Ini
Di Syorkan Untuk Anda:
- Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO