Umno terus digeruni lawan walau hanya 26 kerusi

Oleh – Bakhtiar Omar


Umno terus digeruni lawan walau hanya 26 kerusi

Menjelang PAU2023 yang akan berlangsung minggu ini, Umno terus digeruni pihak lawan walau parti itu hanya mempunyai 26 kerusi parlimen.

Secara keseluruhan selepas PRU15, Barisan Nasional mempunyai 30 kerusi dan Umno 26, selebihnya milik komponen BN.

Bagaimanapun, kerana BN memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan membentuk Kerajaan Perpaduan, Umno dilihat sebagai ancaman besar selaku ‘King Maker’.

Sedangkan mengikut jumlah kerusi, tidak berbaloi untuk Umno itu sendiri mengangkat diri sebagai ‘King Maker’.

Ini difahami dan Umno telah bersedia untuk kekal sebagai pembangkang sekiranya Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional mencapai persetujuan membentuk gabungan kerajaan.

Namun demikian, perancangan Tuhan sentiasa mengatasi apa yang manusia rancangkan. Ditakdirkan Umno/BN membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan yang merupakan musuh politik yang menjatuhkan BN pada 2018.

Tidak memandang ke belakang, Umno membuktikan pengalaman selama 60 tahun mentadbir urus negara merupakan kunci utama kekuatan parti.

Siapapun dalam Pakatan Harapan tidak boleh menafikan perkara tersebut termasuk PMX. 

Umno terus digeruni lawan walau hanya 26 kerusi

Berikutan kecemerlangan barisan Menteri dari Umno melaksanakan tugas untuk rakyat, ia telah menimbulkan kegusaran kepada pihak lawan bahawa Kerajaan Perpaduan akan bertahan lebih dari sepenggal.

Bagi lawan, untuk menghalang Kerajaan Perpaduan dari mengekalkan kedudukan di Putrajaya, Umno perlu disingkirkan terlebih dahulu. 

Untuk menyingkirkan Umno, perancangan teliti diperlukan bagi menimbulkan rentak kebencian terhadap Umno itu sendiri. Presiden dan Timbalan Presiden merupakan sasaran yang perlu di’kerja’kan sebelum semua usaha berjaya.

Terbaru, Proklamasi Melayu digunakan bagi menyerang Umno secara keseluruhan telah dilancarkan. Tidak menghairankan individu yang menjalankan propaganda berkaitan Proklamasi Melayu adalah individu yang sama pernah meminta Presiden Umno untuk membubarkan Umno.

PENERANGAN UMNO PERLU LEBIH TANGKAS TANGKIS SERANGAN

Umno terus digeruni lawan walau hanya 26 kerusi

Jika tidak ditangani oleh Penerangan Umno, tidak mustahil akar umbi Umno boleh terpengaruh dengan tohmahan liar yang disebarkan menerusi pelbagai platform terumata media sosial.

Adakah Penerangan Umno hanya memandang sahaja perkara tersebut tanpa turun bertemu akar umbi untuk membuat penjelasan berkaitan serangan saraf yang dikenakan terhadap Umno?

Mungkin perlu diingatkan kepada Umno, usah terlalu selesa apabila menjadi sebahagian daripada kerajaan sekarang.

Musuh Umno sentiasa hadir dengan pelbagai inisiatif untuk memastikan Umno terus dibenamkan sehingga tidak mampu lagi bangkit.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker