Lima termasuk anggota polis cedera letupan bom di Yala

Lima termasuk anggota polis cedera letupan bom di Yala

Lima termasuk anggota polis cedera letupan bom di Yala
Foto fail

YALA: Empat anggota polis dan seorang orang awam cedera dalam satu serangan bom di Yala, selatan Thailand.

Pemangku Ketua Polis Kota Baru, Left Kol Pol Pornchai Chusong berkata dalam kejadian kira-kira jam 7.10 pagi (waktu tempatan) hari ini, empat anggota polis yang menaiki sebuah pikap melakukan rondaan berdekatan dengan sebuah sekolah.

“Sebutir bom buatan sendiri seberat 10 hingga 15 kilogram dipasang pada tong gas dan ditanam di tepi jalan meletup ketika pikap melalui tempat kejadian.



“Letupan itu menyebabkan empat anggota polis dalam pikap dan seorang penduduk tempatan yang berada di tempat kejadian cedera. Semua mangsa yang cedera digegaskan ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati letupan itu didalangi kumpulan militan yang aktif di Yala.

“Polis sedang mempergiatkan usaha menjejaki dalang di sebalik letupan itu,” katanya. – BERNAMA

Lima termasuk anggota polis cedera letupan bom di Yala


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button