9 terbunuh berebut tanah di Turkiye

9 terbunuh berebut tanah di Turkiye

9 terbunuh berebut tanah di Turkiye
Tanah yang direbut di wilayah Diyarbakir dibakar selepas tembakan. – Foto AGENSI

DIYARBAKIR: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut dalam kejadian berbalas tembakan antara dua keluarga yang berebut tanah pertanian berharga di tenggara Turkiye.

Wartawan AFP melaporkan, tanah yang direbut di wilayah Diyarbakir dibakar selepas tembakan dengan api mula merebak, hari ini.

Pejabat gabenor dalam satu kenyataan, berkata tiga mangsa yang terselamat daripada keganasan sudah dibawa ke hospital, dengan seorang daripadanya meninggal dunia.



Ia menjadikan jumlah kematian akibat kejadian itu kepada sembilan orang.

Terdapat imej yang menunjukkan mayat enam lelaki terbaring di ladang gandum yang sedang dituai, dengan sekurang-kurang tiga daripadanya memiliki senapang Kalashnikov.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bebaskan Najib segera untuk menang PRN – Zaid Ibrahim




Pegawai kerajaan juga berkata, langkah keselamatan di seluruh wilayah itu dipertingkatkan.

Sementara itu, Gabenor Diyarbakir, Ali Ihsan Su, berkata kawasan yang dipertikaikan meliputi 200,000 meter persegi (50 ekar).

Pertikaian harta benda adalah perkara biasa di kawasan tenggara negara itu, dengan sumber pendapatan utama adalah pertanian. – AFP

9 terbunuh berebut tanah di Turkiye



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading