Curi setandan pisang, penganggur dipenjara sebulan

Oleh – Syeikh Baran


Curi setandan pisang, penganggur dipenjara sebulan
Tertuduh Wan Mustafa Wan Ab Rahman,44, dijatuhi hukuman penjara 30 hari di Mahkamah Majistret kerana mencuri setandan pisang

Mahkamah Majistret hari ini menjatuhi hukuman penjara 30 hari terhadap seorang penganggur kerana mencuri setandan pisang.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh, Wan Mustafa Wan Ab Rahman, 44, mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.



Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri setandan pisang milik seorang warga emas di sebuah rumah di Kampung Beladau Kolam, Manir di sini, jam 6.50 petang pada 29 April lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibacabersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 29 April lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button