Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa

Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa

Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa

Masuk hari ini sudah lebih 50 hari Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim membentuk kerajaan di Putrajaya.

Sudah pelbagai janji diberikan oleh Anwar Ibrahim, terutamanya di dalam melaksanakan reformasi di dalam semua institusi kerajaan.



SPRM juga cuba digambarkan seolah-oleh sudah mendapat taring baharu untuk bergerak dengan lebih garang ‘without fear or favour’.

Skandal Menara KL sudah dibongkar dan sudah ada yang ditahan untuk disoal siasat.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/12/30/isu-menara-kl-sprm-panggil-3-saksi-untuk-di-siasat/



Sepupu kepada menantu Muhyiddin Yasin juga sudah ditahan untuk siasatan SPRM.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/01/07/sepupu-kepada-menantu-muhyiddin-di-reman-sprm/

Tetapi sekiranya hanya SPRM sahaja yang bertindak, tetapi tiada kesinambungan dari institusi yang lain, hasrat untuk membersihkan institusi pentadbiran akan gagal.



Sudahkah pendakwaan terhadap skandal penjualan saham Telekom Bhd ke atas Menara KL dilakukan di mahkamah?

Apakah pendakwaan sudah dilakukan ke atas sepupu kepada menantu Muhyiddin Yasin, Adam Radlan?

Adakah kesemua kes berprofil tinggi yang disiasat SPRM ini akan menjadi ibarat projek gajah putih di era Kerajaan Perpaduan?

Reformasi Institusi Mesti Di Lakukan Secara Menyeluruh

Selain dari skandal yang dibongkar di era pentadbiran sekarang, penulis juga mahu bertanya bagaimana dengan perkembangan kes berprofil tinggi yang terbongkar sebelum ini?



Kes Hakim Nazlan, kes Zeti dan keluarga beliau, isu Pulau Batu Puteh dan RCI untuk siasat Tommy Thomas, apakah statusnya?

Sekiranya mahu melakukan reformasi, ianya mesti dilakukan secara menyeluruh dan mesti melibatkan semua institusi pentadbiran kerajaan.

Keadilan sepenuhnya tidak boleh didaulatkan sekiranya tersekat di peringkat pihak berkuasa.

Keadilan sebenar hanya dapat ditegakkan apabila keseluruhan proses keadilan yang sepenuhnya dilaksanakan dengan tuntas.



Dan sudah pasti ianya juga melibatkan Jabatan Peguam Negara serta mahkamah.

Kita memahami amalan pengasingan kuasa, tetapi dalam masa yang sama kita juga mesti memahami mengapa amalan itu diamalkan.

Matlamat utama amalan pengasingan kuasa adalah untuk memberikan keadilan kepada semua pihak.

Semua pihak adalah bermaksud keadilan untuk yang menuduh dan juga yang dituduh.



Sekiranya berlaku kepincangan dalam amalan tersebut, maka ianya mestilah diperbetulkan dan tidak boleh dianggap sebagai menodai prisip pengasingan kuasa.

Analogi mudah, adakah tindakan menangkap pencuri boleh dianggap sebagai mencabuli hak asasi seorang manusia.

Jika prisip itu yang dijunjung, bagaimana pula dengan keadilan kepada mangsa yang mengalami kerugian kerana perbuatan mencuri itu?

Lakukan reformasi dengan segera kepada semua pihak, termasuk Jabatan Peguam Negara dan badan kehakiman, sekiranya perlu.

Lagi pun, khabarnya, Zeti & The Gang sudah tidak sabar untuk didakwa di mahkamah!!!

 

Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button