Fyna Jebat Kongsi Keadaan Diri Sekarang
“Saya Tenang…,” - Serah Siasatan Kepada Pihak Polis
Fyna Jebat Kongsi Keadaan Diri Sekarang
Penyanyi, Fyna Jebat memilih untuk tidak mengulas panjang dakwaan isu pertelingkahan dengan madunya yang juga isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan, Datin Zalina Zaini.
Fyna yang juga adik kepada penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat berkata, dia menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.
“Tiada apa yang boleh saya kongsikan. Biarlah saya serahkan isu ini kepada pihak berwajib. Itu sahaja,” katanya kepada MH.
Pada masa masa, pemilik nama lengkap Nur Syafinaz Jebat ini turut memberitahu, fokusnya untuk program Famili Duo nyata tidak terganggu meskipun terpalit dengan kontroversi.
“Buat masa sekarang, saya memang tenang. Saya dan Ayda sudah dua minggu menang kategori duo terbaik dan hari ini, kami berjaya pula melangkah ke peringkat akhir.
“Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya akan sentiasa berikan fokus terbaik buat program Famili Duo ini. Kakak saya dah berhabis banyak. Saya sayang program ini dan sentiasa ingin berikan yang terbaik,” kongsinya lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rafizi buktikan beliau Menteri ‘Cap Ayam Duduk’
- Zeti And The Gang Sudah Tidak Sabar Untuk Di Dakwa
- Tidak Ada Sebab Mengapa Pasport Zahid Terus Di Tahan
Sementara itu, Ayda turut mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf bagi pihak adiknya dan keluarga kerana tidak boleh terlalu terbuka tentang kontroversi tersebut.
“Saya mohon maaf bagi pihak Fyna dan keluarga. Kalau kami terlalu terbuka, bimbang kenyataan akan dimanipulasi dan mungkin isu lain pula yang akan timbul. Saya harap anda semua faham,” katanya.
Tambah penyanyi lagu Temberang ini, segala yang berlaku ini akan menjadi hikmah dan mematangkan adiknya untuk terus kekal di dalam industri seni.
“Ini asam garam sebagai artis. Dulu dia tidak mahu kehidupan glamour. Saya dah bagitau dia, ini adalah proses pembelajaran menjadi anak seni yang berjaya.
“Tiada jalan yang mudah. Perkara yang kecil pun boleh jadi besar. Yang besar pula boleh meletup.
“Ada perkara yang boleh dikongsi dan ada yang tidak. Saya di sini akan terus berikan panduan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ini pengajaran untuk dia. Kita ambil dari sudut positif,” ujarnya lagi.
Sering dilihat mempertahankan adiknya, Ayda menyifatkan ia sudah menjadi tugas hakiki sebagai seorang kakak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir tulis berkenaan Najib sebab hendak “divert” kes Sulu dan tindakan disiplin barua barua nya dari UMNO.
- Bila sudah jadi Menteri , Rafizi tak jumpa Formula.
- ‘Kaki sabotaj’ akan terima padah malam ini?
“Kami dalam industri ini bukan baru. Dah hampir 11 tahun. Mungkin pengalaman Fyna untuk berdepan isu-isu viral ini tak banyak. Dia belum tahu macam mana nak uruskannya.
“Sejujurnya saya bukan sengaja mempertahankan adik saya tapi ini sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai kakak. Kalau kita satu keluarga, inilah tugas hakiki kita. Macam mana buruk atau baik pun ahli keluarga kita, air dicincang tidak akan putus,” akhirinya.
Terdahulu, dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terbabit dalam satu pertelingkahan .
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian yang berlaku dan memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).
Sementara itu, Fyna dan Ayda berjaya mara ke konsert akhir Famili Duo, Ahad depan.
Pasangan adik-beradik itu juga dinobatkan juara mingguan dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 menerusi konsert Famili Duo separuh akhir.
Fyna Jebat Kongsi Keadaan Diri Sekarang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pasti Pesta Dalam PN Akan Menjadi Lebih Meriah Dengan Kehadiran Ahli Baharu
- Ismail Sabri Masih Terus Senada Dengan Muhyiddin Dalam Isu Tindakan Displin UMNO
- Sikap Sebenar Pemimpin UMNO Yang Di Pecat Dan Di Gantung Akan Menjadi Semakin Jelas