Guru tidak pandai berenang, lemas jatuh sungai ketika jala ikan

Guru tidak pandai berenang, lemas jatuh sungai ketika jala ikan

Guru tidak pandai berenang, lemas jatuh sungai ketika jala ikan
Anggota bomba dibantu orang awam mengangkat mayat mangsa yang ditemukan dalam sungai, petang semalam. – Foto ihsan bomba

JITRA: Guru lelaki yang dipercayai terjatuh ke sungai sebelum ditemukan lemas di Kampung Batu 7, Jalan Sanglang, semalam, dikatakan tidak pandai berenang tetapi meminati aktiviti menangkap ikan, termasuk menjala dan memancing di sungai.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, Khairul Azuar Mohd Saud, 41, yang dipercayai ke sungai itu bersama seorang rakannya untuk menjala ikan, dikatakan sempat meminta tolong dalam keadaan terkapai-kapai sebelum tenggelam dan hilang.

Rakannya dikatakan berusaha mencari dan menyelamatkan mangsa tetapi gagal berikutan air keruh dengan kedalaman sungai melebihi dua meter, lalu meminta bantuan orang awam sebelum Khairul Azuar berjaya dijumpai dengan bantuan pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia.



Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan MERS 999 kira-kira jam 5 petang berhubung insiden berkenaan sebelum bergegas ke lokasi.

Setiba di tempat kejadian, beliau berkata, pasukan mendapati mayat mangsa sudah ditutup dengan kain di tepi sungai selepas dibawa naik ke darat oleh anggota bomba.

“Berdasarkan temu bual dengan rakan mangsa, mereka dikatakan ke sungai itu untuk menjala ikan kira-kira jam 3.30 petang. Setiba di lokasi, rakannya dipercayai turun dahulu ke bahagian bawah sungai untuk memulakan aktiviti menjala ikan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Ketika itu, mangsa yang berada pada jarak kira-kira 10 meter dari rakan, dipercayai turun ke sungai untuk melepaskan jalanya yang tersangkut di dasar sebelum dilaporkan terjatuh dan tenggelam,” katanya ketika dihubungi.



Selepas mangsa ditemukan, beliau berkata, hasil pemeriksaan pada tubuh mendapati tiada tanda atau kesan berunsur jenayah.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Jitra, untuk bedah siasat. Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai lemas. Mayat diserahkan kepada keluarganya untuk tindakan lanjut.

“Mangsa berasal dari Kampung Padang Behor, Kangar, Perlis. Berdasarkan keterangan isterinya, mangsa dikatakan tidak pandai berenang tetapi mempunyai minat menangkap ikan seperti menjala dan memancing di sungai,” katanya.

2 wanita dikecam sebab ‘cakap pandai’ siap ajar bomba buat kerja



Guru tidak pandai berenang, lemas jatuh sungai ketika jala ikan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button