Tangan sangkut dalam kotak pembesar suara
Tangan sangkut dalam kotak pembesar suara
KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa dibantu pasukan bomba selepas tangannya tersekat pada kotak pembesar suara di Taman Kinamount, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, kanak-kanak berusia lingkungan tiga tahun terbabit dikatakan memasukkan tangan pada kotak pembesar suara.
Bagaimanapun, mangsa tidak dapat mengeluarkan semula tangannya sehingga memaksa ahli keluarganya menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 3.41 petang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi terus bertindak membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.
“Mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh Pasukan EMRS,” katanya dalam kenyataan, hari ini, sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 4 petang.
Tangan sangkut dalam kotak pembesar suara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akaun PPBM Dan Beberapa Parti Lain Sudah Di Bekukan?
- Sri Ram Paksi kes Najib, ketiadaan nya ‘advantage’ kepada pasukan pembela.
- Khaled Nordin Hadapi Tugas Berat Di Johor
- Jawapan Kepada UMNO Bahagian Sembrong
- Anwar Ibarat Memberi Bola Tanggung Kepada Lawan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.