Manchester United ke final

MANCHESTER, United Kingdom: Pengurus Manchester United, Erik ten Hag berkata menang trofi ialah tahap yang diperlukan di Old Trafford selepas pasukan itu menewaskan Nottingham Forest 2-0 awal pagi tadi seterusnya menang 5-0 secara agregat untuk ke final Piala Liga.

Anthony Martial dan Fred menjaringkan gol buat skuad kendalian Ten Hag pada 17 minit terakhir aksi separuh akhir itu dengan United akan berdepan Newcastle di Wembley pada 26 Februari.

Tiga pengurus sudah meninggalkan kelab itu sejak United kali terakhir menang trofi menerusi Jose Mourinho pada 2017.



Namun Ten Hag kini hanya kurang satu aksi untuk menamatkan kemarau pada musim pertamanya di kelab itu.

“Saya rasa kami ada skuad yang bagus, jadi kami mahu mengawal standard tinggi diperlukan,” kata pengendali dari Belanda itu. “Anda perlu membawanya dalam setiap perlawanan.

“Kami adalah Manchester United. Apabila anda ialah pemain United, anda perlu menyamai standard itu.”



Kelebihan dikutip Red Devils ketika menang 3-0 di City Ground pada pusingan pertama ketika Ten Hag boleh menggilirkan skuad memandangkan United masih terbabit dalam empat kejohanan.

Dia membuat enam perubahan daripada skuad yang menewaskan Reading 3-1 pada pusingan keempat Piala FA Sabtu lalu dengan Marcus Rashford antara yang direhatkan di bangku simpanan.

Wout Weghorst hampir dapat memecah kebuntuan sebelum rehat babak pertama apabila tandukan pemain Belanda itu sedikit tersasar tetapi permainan menjadi lebih terbuka selepas Ten Hag melakukan perubahan selepas sejam permainan.

“Kami perlu melakukan banyak perkara pada musim ini, setakat ini saya harap semuanya dapat bermain,” kata Ten Hag.



“Jika anda mahu menang trofi, anda perlukan semua mereka untuk beraksi. Anda lihat malam ini bahawa kami boleh membawa dinamik baharu dari bangku simpanan.”

AFP


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading