Conte selesai jalani pembedahan pundi hempedu

London: Pengurus Tottenham, Antonio Conte berkata beliau ‘sudah berasa lebih baik’ selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan pundi hempedunya.

Pengendali kelahiran Itali yang berusia 53 tahun itu, menjalani penilaian perubatan sebelum memutuskan untuk melakukan pembedahan bagi mengurangkan sakit perut kronik.

“Berikutan diagnosis kolesistitis, beliu akan menjalani pembedahan untuk membuang pundi hempedu hari ini dan akan kembali selepas tempoh pemulihan,” kata kenyataan Tottenham sebelum ini.



Selepas pembedahan, Conte – akan terlepas beberapa perlawanan untuk melalui proses pemulihan.

“Terima kasih atas mesej anda, pembedahan saya berjalan lancar dan saya sudah berasa lebih baik.

“Sekarang masa untuk pulih, saya tidak sabar untuk kembali ke padang bersama pasukan,” katanya di Instagram.



Pembantu Conte, Cristian Stellini, bersedia untuk mengambil alih perlawanan Isnin ini di tempat sendiri menentang Manchester City.

Bekas bos Juventus, Chelsea dan Inter Milan itu mengambil alih tugas di Spurs pada November 2021, membawa pasukannya ke kelayakan Liga Juara-Juara pada musim pertamanya sebagai pengurus.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button