Ahmad Zahid tiba di mahkamah untuk pengurusan kes

Ahmad Zahid tiba di mahkamah untuk pengurusan kes

Ahmad Zahid tiba di mahkamah untuk pengurusan kes
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. – Foto hiasan BERNAMA

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah di sini pagi ini, bagi pengurusan kes membabitkan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Ahmad Zahid yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam tiba di lobi mahkamah pada jam 9.20 pagi, sebelum masuk Mahkamah Tinggi, 10 minit kemudian.

Prosiding itu akan didengar di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah.



Pada 26 Januari lalu, Ahmad Zahid memohon Mahkamah Tinggi mengembalikan pasport antarabangsanya secara kekal secepat mungkin, bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan lancar.

kebenaran, bagi pelepasan pasport antarabangsa supaya dapat menjalankan tugas rasmi.

Pasport itu sebelum ini diserahkan dan berada dalam simpanan mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan, selepas beliau didakwa dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang kini dalam peringkat bela diri.

Dalam afidavit sokongan menerusi permohonannya, untuk mengetepikan syarat jaminan tambahan difailkan 20 Januari lalu, Ahmad Zahid berkata, beliau mempunyai beberapa kekangan untuk menjalankan tugas seperti menteri kerana tidak mempunyai akses kepada dokumen itu.



Mahkamah benar pelepasan sementara pasport Najib

Ahmad Zahid tiba di mahkamah untuk pengurusan kes

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading