Varane bersara di pentas antarabangsa

London: Pertahanan Perancis, Raphael Varane bersara daripada pentas antarabangsa, menamatkan kerjaya selama 10 tahun bersama Les Bleus di mana dia memenangi Piala Dunia pada 2018 dan muncul naib juara empat tahun kemudian.

Pemain berusia 29 tahun itu, yang mempunyai 93 penampilan selepas membuat penampilan sulung pada 2013, turut membantu skuad bimbingan Didier Deschamps memenangi Liga Negara-Negara UEFA pada musim 2020-21.

“Mewakili negara selama sedekad adalah salah satu penghormatan terbesar dalam hidup saya,” kata Varane dalam satu kenyataan.



“Setiap kali saya memakai jersi biru istimewa itu, saya berasa sangat bangga dan mahu memberikan segala-galanya dengan sepenuh hati.

“Saya sudah memikirkannya selama beberapa bulan dan saya memutuskan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk saya bersara daripada bola sepak antarabangsa.”

Pemain pertahanan Manchester United itu membantu Perancis mara ke final Piala Dunia kali kedua berturut-turut di Qatar tahun lalu di mana mereka di tangan Argentina menerusi penentuan penalti.



Keputusan Varane itu hanya beberapa minggu selepas penjaga gol dan kapten Piala Dunia Perancis, Hugo Lloris, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa pada usia 36 tahun.

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button