NGO bergaduh dengan pengusaha tapak perlombongan pasir
NGO bergaduh dengan pengusaha tapak perlombongan pasir
PANTAI REMIS: Sekumpulan aktivis alam sekitar mendakwa diserang oleh samseng upahan sebuah syarikat kuari pasir di tapak projek perlombongan di Pantai Pasir Panjang, dekat sini, semalam.
Menerusi perkongsian di Twitter milik Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), video memaparkan kekecohan antara beberapa individu dari NGO berkenaan dengan pihak pengusaha tapak perlombongan pasir itu tular.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintendan Chong Boo Khim, berkata pihaknya mendapat maklumat daripada orang awam sejak kelmarin tentang beberapa NGO akan membuat bantahan terhadap projek perlombongan pasir silika itu.
Katanya, sepasukan anggota polis dari IPD Manjung hadir ke lokasi berkenaan pada jam 12 tengah hari semalam untuk mengawal keselamatan.
“Pemantauan pihak polis mendapati, terdapat 10 orang dipercayai daripada dua NGO sedang membuat bantahan terhadap projek perlombongan pasir itu.
“Situasi dapat dikawal oleh pihak polis dan seterusnya diselesaikan secara aman di antara pihak NGO dan pengusaha pada jam 3.30 petang.
“Sehingga kini, IPD Manjung menerima satu laporan polis pada jam 5.52 petang semalam yang dibuat oleh pihak pengusaha. Kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Boo Khim berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi yang boleh mencetuskan kegusaran atau menggugat ketenteraman awam.
Untuk rekod, kawasan Pantai Pasir Panjang adalah satu-satunya kawasan pendaratan penyu di negeri itu.
NGO bergaduh dengan pengusaha tapak perlombongan pasir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupa-Rupanya Tetuan H2O Tak Tahu Beza Antara Notis Pemakluman Dengan Kertas Siasatan
- Sepatut dapat semula USD9 bilion dari Goldman Sach , tapi diselesai dengan USD2 bilion sahaja? Di sarankan siasat Muhyiddin dan Zafrul.
- Kerana ‘Sedekah’, Hadi Awang Bakal Kehilangan Kerusi Parlimen Marang
- Pemecatan Dan Penggantungan Pemimpin UMNO Tidak Memberi Kesan Buruk Kepada Negara
- Arman calon Ketua Pemuda paling ‘ceria’
- Akaun Parti dibeku , PPBM beri alasan bodoh untuk lepaskan pembekuan.