Bunuh suami kekasih, tanam mayat di lereng bukit selepas hubungan sulit terbongkar

Bunuh suami kekasih, tanam mayat di lereng bukit selepas hubungan sulit terbongkar

Bunuh suami kekasih, tanam mayat di lereng bukit selepas hubungan sulit terbongkar
Siasatan dijalankan di lereng bukit belakang sebuah banglo, dipercayai lokasi mayat mangsa ditanam selepas dibunuh. – Foto ihsan polis

KUALA LUMPUR: Polis memberkas seorang lelaki warga India disyaki membunuh suami kekasihnya di sebuah banglo di Subang Jaya pada Mei tahun lalu sebelum menanam mayat mangsa di lereng bukit belakang premis itu.

Suspek ditahan berikutan polis menerima laporan orang awam pada jam 4.45 petang Khamis lalu, bahawa lelaki itu didakwa mengaku membunuh dan menanam rakan senegaranya yang berusia 25 tahun.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata suspek dikatakan membuat pengakuan itu di Ampang Jaya, sebelum pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, melakukan soal siasat lanjut terhadapnya.



“Suspek kemudian menunjukkan lokasi mangsa bunuh itu ditanam pada Mei tahun lalu, iaitu di lereng bukit belakang sebuah banglo di Subang Jaya.

“Kejadian bunuh itu disyaki berlaku di banglo berkenaan yang dijadikan pusat jagaan orang tua, dengan mangsa dipercayai dikelar di bahagian leher menggunakan pisau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, hasil pemeriksaan dijalankan pihak forensik menemukan bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut badan mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Susulan itu, polis menahan isteri mangsa dan kekasihnya yang juga warga India bersama dua wanita tempatan serta seorang wanita warga Indonesia berusia antara 25 hingga 35 tahun yang kesemuanya bekerja di pusat jagaan orang tua berkenaan, di sekitar kawasan Subang Jaya pada Khamis lalu dan semalam, bagi membantu siasatan.



“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek warga India itu tidak memiliki pasport, dan semua suspek yang ditahan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Beliau berkata, motif pembunuhan itu dipercayai disebabkan mangsa mengetahui hubungan sulit antara suspek dengan isterinya.

“Suruhanjaya Tinggi India ada membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa pada Mei 2022, selepas menerima aduan daripada ahli keluarganya di India yang memaklumkan lelaki itu tidak dapat dihubungi.

“Setakat ini, senjata pembunuhan dalam kejadian itu (pisau) masih belum ditemukan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah di daerah ini boleh menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya melalui talian 03-78627100 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

Bunuh suami kekasih, tanam mayat di lereng bukit selepas hubungan sulit terbongkar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker