Ramai ‘lawan’ karikatur Charlie Hebdo perolok mangsa gempa Turkiye

KUALA LUMPUR: Kartunis Muslim tidak berdiam diri terhadap karikatur memperolok mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria yang kini mengorbankan lebih 21,000 nyawa disiarkan akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo, sebaliknya melancarkan ‘serangan balas’ dengan menghasilkan karikatur.

Karikatur dilukis kartunis, Pierrick Juin itu dan disiarkan di akaun Twitter akhbar berkenaan, menggambarkan bangunan runtuh, kereta terbalik dan puing-puing runtuhan, selain meletakkan kapsyen: ‘Tidak perlu hantar kereta kebal.’

‘Bersenjatakan’ pena dengan dilengkapi kemahiran digital, pereka grafik dan animasi, Abrar Sabbah dari Turki ‘mengajar’ pelukis karikatur majalah kontroversi berpangkalan di Paris itu bagaimana menghasilkan lukisan yang lebih manusiawi.

“Wahai samseng Charlie Hebdo, kamu tidak sepatutnya melukis seperti itu. Kami akan berdiri semula. Warga yang perkasa ini akan bangkit kembali,” katanya di Twitter dengan akaun Abrar_Sabbah.

Selain karikatur menyindir Charlie Hebdo itu, Mahmoud juga memuat naik karikatur lain dalam akaun Twitternya, Mahmoud3bbas yang memuji usaha pasukan penyelamat dalam operasi menyelamat mangsa gempa bumi.

Sementara itu, Mahmoud yang juga Penerbit Kandungan Digital Al Jazeera menyifatkan tindakan Charlie Hebdo sangat menjijikkan apabila mendakwa mereka memperjuangkan hak kebebasan berekspresi tetapi memperolok-olokkan mangsa gempa.

“Ketika serangan terhadap pejabat akhbar Charlie Hebdo berlaku (pada Januari 2015), seluruh dunia bersimpati kerana mereka dianggap sebagai mangsa walaupun sebelum itu mereka melakukan kesalahan kepada Nabi kita.

“Adalah tidak boleh diterima tindakan menyerang idea atau kepercayaan orang lain, lebih-lebih lagi memperolok-olokkan mangsa atas nama hak kebebasan berekspresi,” katanya kepada BH di sini, hari ini.

Karikatur itu turut dikecam ramai tokoh Muslim dan bukan Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button