Pengeluaran KWSP: Muhyiddin Ambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Rakyat

Pengeluaran KWSP: Muhyiddin Ambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Rakyat

Pengeluaran KWSP: Muhyiddin Ambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Rakyat

Mungkin Muhyiddin Yasin boleh dikategorikan antara kluster Melayu mudah lupa sebagaimana yang pernah dikatakan oleh sifu beliau, Dr Mahathir.

Antara desakan yang tinggi di kalangan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan adalah membenarkan pengeluaran KWSP bersasar untuk kali ketiga.



Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/243832/berita/nasional/ngo-gesa-kerajaan-benarkan-pengeluaran-kwsp-bersasar

Tetapi pentadbiran Anwar Ibrahim dilihat seakan keberatan untuk membenarkan pengeluaran KWSP dilakukan sekali lagi.

Sebagai jalan keluar, perdana menteri, Anwar Ibrahim, berjanji akan menyediakan satu mekanisme tanpa menjejaskan simpanan pencarum KWSP.



Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/berita/2023/02/tiada-lagi-pengeluaran-kwsp-pm/

Paling menarik perhatian penulis adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin.

Menurut Muhyiddin, kehidupan rakyat akan menjadi sukar sekiranya kerajaan tiak membenarkan pengeluaran KWSP sekali lagi.



“Ada pihak membahaskan jika wang KWSP dikeluarkan, pencarum akan berhadapan masalah pada masa depan”.

“Ia betul tetapi perkara itu soal kedua”.

“Sekiranya kerajaan tidak lakukan perkara itu, rakyat akan terus berdepan kesukaran sedangkan mereka ada simpanan yang boleh diguna,” kata Muhyiddin.

Baca di sini:



https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/11/rakyat-sukar-jika-kerajaan-tak-benar-keluar-kwsp-kata-muhyiddin/

Muhyiddin Ambil Kesempatan Dari Kesempitan Hidup Rakyat

Bagi penulis, kenyataan Muhyiddin tidak lebih dari retorik politik untuk mendapatkan ‘political mileage’ ketika rakyat dihimpit tekanan kos sara hidup.

Apakah Muhyiddin lupa, punca puluhan ribu rakyat muflis, ratusan ribu syarikat dan perniagaan IKS gulung tikar dan ribuan rakyat bunuh diri berpunca dari beliau sendiri.

Dasar ‘lockdown’ yang Muhyiddin lakukan kerana mahu menyelamatkan jawatan perdana menteri yang beliau sandang ketika itu adalah punca segala kemelut ekonomi hari ini.



Dan ketika tangan Muhyiddin masih lagi basah dengan airmata dan darah rakyat, beliau cuba pula melakunkan watak hero?

Benar beliau pernah membenarkan pengeluaran KWSP semasa beliau berkuasa.

Tetapi jangan lupa, beliau lakukannya bukan kerana rakyat, tetapi kerana tekanan dari kata dua yang UMNO berikan kepada beliau.

Baca di sini:



1) https://malaysiagazette.com/2021/07/16/umno-desak-keluar-kwsp-kerana-bantuan-kerajaan-tak-cukup-shahril/

2) https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/836850/umno-garis-7-sebab-tarik-sokongan-kepada-muhyiddin

Cukup-cukuplah pergunakan penderitaan kehidupan rakyat untuk mendapatkan ‘political mileage’.

Sama ada kerajaan atau pun pihak KWSP mesti tampil untuk memberikan penjelasan yang tuntas kepada rakyat mengapa pengeluaran kali ini tidak boleh dibenarkan.

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button