Inter lepas peluang kejar Napoli

GENOA, Itali: Inter Milan memberikan peluang Napoli mencipta jurang 15 mata di persada Serie A selepas sekadar seri tanpa jaringan berdepan Sampdoria awal pagi tadi.

Skuad kendalian Simone Inzaghi hanya ada sedikit harapan untuk merangkul gelaran liga yang dirampas pencabar setempat, AC Milan musim lalu dan jurang semakin membesar dengan Napoli selepas persembahan kurang meyakinkan di Genoa.

Napoli selesa mengatasi Cremonese 3-0 kelmarin dan setiap minggu semakin yakin akan menang mahkota liga buat pertama kali sejak 1990.



Pasukan tangga kedua, Inter kini tiga mata di depan Atalanta, Roma dan Milan dalam pemburuan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Lazio lima mata lagi di belakang di kedudukan keenam selepas tewas di tangan Atalanta di Rom pada Sabtu.

Ketika ditanya sama ada gelaran berkenaan semakin menjauhi pasukannya, Inzaghi berkata “Saya akan terus berkata kami hanya bergantung kepada diri sendiri.”



“Kami tidak berpuas hati dengan keputusan dicapai, memang kami amat kecewa seperti sepatutnya.”

Inzaghi memilih Romelu Lukaku untuk bergandingan dengan Lautaro Martinez, gandingan hebat yang memberikan Inter Scudetto pada 2021.

Namun Lukaku masih jauh daripada persembahan terbaiknya yang membuatkan Chelsea membayar rekod kelab bagi mendapatkan kembali khidmatnya pada musim panas dan digantikan oleh Edin Dzeko pada pertengahan babak kedua selepas kurang memberikan impak.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading