2 cedera rumah dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh

2 cedera rumah dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh

2 cedera rumah dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh
ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit dalam runtuhan rumah. – FOTO Ihsan JBPM.

TAPAH: Dua lelaki warga Myanmar cedera selepas rumah pekerja didiami mereka dihempap pokok susulan tanah runtuh di Jalan Temoh Batu 3, dekat sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Perak, berkata pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 6.45 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba, didapati berlaku runtuhan tanah berdekatan rumah pekerja menyebabkan sebatang pokok tumbang menghempap rumah itu.

“Terdapat dua mangsa dipercayai tersepit di bawah runtuhan rumah dan mereka berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa cedera di kaki dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Penunggang motosikal maut, rakan parah dihempap pokok tumbang di Seremban



 

2 cedera rumah dihempap pokok tumbang akibat tanah runtuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading